Home » » Perancis marah isteri Presiden dihina pelacur

Perancis marah isteri Presiden dihina pelacur

Written By canang on Rabu, 1 September 2010 | 9/01/2010 06:00:00 PTG

PARIS - Pemerintah Perancis semalam menyifatkan penghinaan yang dilakukan oleh media Iran, akhbar Kayhan terhadap wanita pertamanya, Carla Bruni-Sarkozy sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima, kata jurucakap Menteri Luar Perancis, Bernard Valero.

"Kami akan menyampaikan mesej ini menerusi saluran diplomatik yang normal," kata Valero. Akhbar Iran itu melabelkan Bruni sebagai pelacur Itali dan dia sepatutnya mati.

Pada minggu lalu, media Iran berang selepas isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy itu membuat kenyataan umum menyokong seorang wanita Iran yang telah dijatuhkan hukuman direjam sampai mati.

Bruni dan beberapa orang personaliti Perancis yang lain menandatangani satu petisyen yang menggesa Iran agar membebaskan ibu dua anak, Sakineh Mohammadi-Ashtiani berusia 43 tahun.

Sebuah mahkamah Iran telah menyabitkan Sakineh atas dakwaan zina dan bersubahat dalam pembunuhan suaminya.

Kes itu telah mendapat perhatian antarabangsa. Pemerintah Perancis yang sudah pun tidak sebulu dengan rejim Iran berkaitan program senjata nuklearnya telah membuat satu protes rasmi dan mengancam untuk mengenakan sekatan.

Namun, tindakan masuk campur Bruni itu menimbulkan ketegangan paling besar di Tehran apabila media konservatif Iran menyelar bekas supermodel tersebut. "Melihat rekod Carla Bruni jelas menunjukkan kenapa wanita tidak bermoral ini menyokong seorang wanita Iran yang telah melakukan zina, bersubahat dalam pembunuhan suaminya dan telah dijatuhkan hukuman bunuh. Malah dia sendiri patut mati," selar akhbar Kayhan. Namun, Kementerian Luar Iran mengkritik serangan media terhadap Bruni.

"Menghina orang kenamaan dari negara lain dengan menggunakan perkataan kurang sopan tidak dipersetujui oleh Republik Islam Iran," kata jurucakap kementerian itu, Ramin Mehmanparast. - AFP
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger