Menjelang perlancaran dan ceramah membantah kenaikan harga barang malam ini, beberapa pemimpin pembangkang dan NGO sudah ditahan polis berhampiran tapak pasar malam Kampung Kerinchi di Lembah pantai.Menurut Pengarah Strategi PKR Tian Chua, dua pemimpin Pemuda PKR dan seorang aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah ditahan.
"Aiyo, apa polis hyper sensitif, belum ada sesuatu sudah tangkap orang...," katanya dalam laman Twitter.
Difahamkan ketiga-tiga mereka kini dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.
Pada malam ini, PROTES akan membuka gelanggang dengan mengadakan ceramah sulung bagi kempen protes kenaikan harga barangan, yang dilancarkan pada 28 Julai lalu.
Program anjuran itu menggariskan lima tuntutan kepada kerajaan sebagai bantahan ke atas kenaikan harga bahan api dan gula pada pertengahan Julai lalu.-malaysikini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan