Home » » Era Najib:Soi Lek Hina Islam, Mana Suara Ulama Umno?

Era Najib:Soi Lek Hina Islam, Mana Suara Ulama Umno?

Written By canang on Isnin, 9 Ogos 2010 | 8/09/2010 09:28:00 PTG

PAS meminta golongan ulama Umno tidak hanya berpeluk tubuh sebaliknya bangkit mempertahankan kesucian Islam yang diperlekeh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seorang pemimpin yang sama-sama bergandingan dalam Barisan Nasional.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamalludin juga kesal kerana kenyataan melulu itu datangnya dari seorang pemimpin yang terbukti tidak bermoral.

Bagi Nizar, pimpinan Umno yang selama ini mengaku berkobar-kobar membela bangsa Melayu dan agama Islam sewajarnya membidas kenyataan Dr Chua tetapi sebaliknya pimpinan Umno dilihat hanya berpeluk tubuh.

Ia menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, sama ada sikap diam diri Umno itu mungkin ada kaitan dengan usaha meraih sokongan pengundi Cina.

Lantas, Umno membiarkan sahaja Presiden MCA itu bercakap apa sahaja demi memastikan undi cina dikembalikan semula.

"Kalau Umno itu sendiri mahu mempertahankan Islam, maka sewajarnya mereka akan mempersoalkan. Mereka akan bertanyakan kepada Chua Soi Lek dan apabila Umno diam ketika Chua Soi Lek mengherdik Islam secara tak langsung menghentam PAS maknanya Umno juga terkena.

"Maka, saya minta ulama dalam Umno membuat kenyataan Chua ini tidak bermaruah, menghina Islam. Kenyataan Chua itu tidak ada hak mempersoalkan kewujudan PAS kerana PAS dibina atas prinsip Islam," katanya.

Nizar juga menganggap tindakan Dr Chua Soi Lek melabel negara Islam sebagai tidak progresif dan korup disifatkan sebagai keterlaluan.

Malah, beliau berkata seseorang yang tidak bermoral dan tidak bermaruah tidak layak untuk mengkritik kepimpinan dan prinsip PAS.

"Dia (Chua) tiada hak moral untuk mengkritik PAS kerana PAS diwujudkan atas dasar Al-Quran dan Sunnah. Maka itulah yang membendung, memelihara dan juga menjadi garis panduan kepada gerakan PAS.

"Siapakah dia yang tiada moral yang MCA sendiri menolak dia untuk mengkritik prinsip-prinsip PAS. Dia tiada hak dan untuk itu saya mengatakan bahawa ini satu penghinaan bukan sahaja kepada PAS malah kepada Islam itu sendiri," katanya.

Nizar berkata demikian ketika ditemui selapas majlis Hi-Tea dan Pelancaran Tabung Ehsan Ummah Selangor di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Dr Chua sebelum ini dikatakan memberi tanggapan negatif, kononnya negara-negara Islam tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger