SHAH ALAM 9 Ogos - Proses mahkamah berhubung inkues kematian Teoh Beng Hock telah dicemari dengan tindakan Peguam Negara yang sengaja melengahkan bukti dan dokumen dalam kes berkenaan.
Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa Gobind Singh Deo, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengakui memiliki dokumen tersebut sejak Oktober tahun lalu.
Bagaimana pun, selepas lebih setahun, kini pihak pendakwa raya tampil menyatakan memiliki dokumen baru berkaitan kes itu.
"Dokumen ini telah dihasilkan lama dahulu, saya ingin bertanya Peguam Negara untuk beritahu kami apakah dokumen yang mereka ada tidak dikemukakan. Ini adalah hal yang sangat serius dan saya fikir Peguam Negara perlu hentikan permainan ini.
"Kes ini bukan sahaja mendapat perhatian di sini tetapi juga di luar negara. Kami telah tunggu setahun dalam pendengaran ini. Ramai pakar telah memberikan bukti dari bedah siasat kedua yang telah dibenarkan dijalankan," kata Gobind.
Tambah beliau, tindakan Abdul Gani sengaja melengahkan dokumen itu dikemukakan seminggu sebelum saksi penting dipanggil iaitu pakar patalogi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.
"Sebab saya katakan ini adalah mudah, dokumen ini adalah penting. Dokumen ini perlu disediakan lebih awal kerana ini boleh mengubah asas kes ini secara signifikan," ujarnya.
Beliau berkata Abdul Gani sepatutnya meletakkan jawatan disebabkan tindakannya menyimpan bukti berkenaan dan sebuah suruhanjaya diraja perlu dibentuk segera.
"Saya rasa sekarang adalah masa kita akan mendesak Suruhanjaya DiRaja. Adalah jelas apa yang terjadi pagi ini, ada dokumen dalam pegangan Peguam Negara yang tidak diberi kepada kami. Dan sekarang, mereka kata ada bukti baru, tetapi ini bukan baru kepada mereka.
Katanya, pihak keluarga Beng Hock telah menunggu sekian lama untuk mendapatkan keadilan terhadap mendiang.
"Ini adalah hari gelap bagi keadilan di Malaysia. Ini adalah cara Peguam Negara bertindak," tegas Gobind lagi.
Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor berkata, dokumen berkenaan penting kerana pihak peguam keluarga mangsa dapat meneliti bukti berkenaan dan saksi yang disoal mungkin berbeza jika dokumen itu didedahkan lebih awal kepada mahkamah.
Sebelum itu, inkues kematian Beng Hock menimbul persoalan apabila para peguam menemui koroner Azmil Mustapha Abas dalam kamarnya bagi membincangkan isu berkaitan dokumen berkenaan.
Malik Imtiaz, Ketua Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abdul Razak Musa dan peguam yang mewakili kerajaan Tan Hock Chuan bertemu bagi membincangkan perkara itu dalam kamar koroner sebelum Gobind berang dan keluar meninggalkan kamar koroner.
Koroner hari ini juga memutuskan tidak memanggil dua saksi yang dijadual memberi keterangan hari ini iaitu Lee Wye Weng dan Mohd Harun Abdullah yang disiasat SPRM pada petang yang sama Teoh disoalsiasat.
Sementara itu, inkues kematian pembantu politik itu ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini Dr Pornthip dijangka akan memberi keterangan dalam inkues itu.
Home »
» Gani Patail Sengaja Simpan Bukti Kes Teoh Beng Hock
Gani Patail Sengaja Simpan Bukti Kes Teoh Beng Hock
Written By canang on Isnin, 9 Ogos 2010 | 8/09/2010 04:28:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan