Home » » Rakyat Masih Tidak Bebas Setelah 53 Merdeka

Rakyat Masih Tidak Bebas Setelah 53 Merdeka

Written By canang on Isnin, 9 Ogos 2010 | 8/09/2010 05:00:00 PTG

BAYAN BARU 9 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rakyat negara ini belum lagi mengecap kemerdekaan sepenuhnya walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun.
Menurut beliau ini kerana dalam amalan sistem demokrasi acuan Umno-Barisan Nasional rakyat bebasuntuk bersuara hanyalah retorik politik yang menjadi mainan bibir mereka semata-mata.
"Apabila merdeka dicapai daripada kolonial maka sudah sepatutnya kepimpinan negara membawa reformasi yang memanfaatkan rakyat.Seharusnya tidak ada korupsi dan penyelewengan yang berleluasa.
"Tidak ada juga kronisme dan kekayaan yang diagihkan kepada puak dan suku mereka sahaja. Namun begitu dalam negara ini kekayaan negara tidak diagihkan secara saksama. Kekayaan banyak dinikmati dan dikuasai oleh kroni-kroni dalam Umno dan Barisan Nasional," kata Anwar pada majlis ceramah anjuran KEADILAN Cabang Bayan Baru di Sungei Nibong semalam.
Ketua umum KEADILAN juga berkata dalam negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat bebas untuk bergerak dan bersuara.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana selepas rakyat bersuara mereka akan ditangkap pihak berkuasa dalam negara ini.
Menyentuh mengenai Dasar Ekonomi Baru Anwar berkata dasar yang baik itu telah dicemari oleh pemimpin Umno-BN yang dengan sengaja menodai dan menyeleweng dasar tersebut.
DEB katanya bukan saja disalahgunakan oleh pemimpin Umno-BN untuk mengayakan keluarga dan kroni mereka dan ini menjadi faktor utama kegagalan dalam pelaksanaan dasar itu.

Anwar membidas kepimpinan Umno yang tidak mempertahankan hak Melayu yang miskin dan terpinggir sebaliknya hanya mempertahankan hak Melayu yang menyokong Umno-BN.
"Mereka tidak telus dalam memperjuangkan hak dan nasib masyarakat Melayu. Hak Melayu yang miskin dan terkebelakang tidak mereka perjuangkan sepenuhnya sedangkan Melayu yang kaya dan menyokong mereka menjadi pilihan untuk dibela.
"Ini membuktikan mereka gagal untuk membela nasib dan hak masyarakat Melayu dalam negara yang didakwa telah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun,"ujar beliau lagi.
Turut sama dalam majlis ceramah tersebut termasuk Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger