Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.
Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.
"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini.
"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya.
Chua berucap kepada kira-kira 300 ahlinya yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kanannya - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Tan Chai Ho, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Donald Lim - dan beberapa pemimpin Pulau Pinang lain seperti Lau Chiek Tuan dan Tan Cheng Liang.
Chua
berkata di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara.
Dalam ucapannya, Chua merujuk kepada buku tulisan, Syed Akbar Ali yang berjudul "Malaysia and the Club of Doom", yang mana pengarangnya menyenaraikan beberapa ciri-ciri umum di 57 negara-negara Islam di seluruh dunia.
Ciri-ciri itu termasuk kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.
Menurut Chua lagi, tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan. Malah katanya, tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita.
Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.
"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” katanya.
Home »
» Guna agama raih sokongan - Umno, PAS dibidas
Guna agama raih sokongan - Umno, PAS dibidas
Written By canang on Sabtu, 7 Ogos 2010 | 8/07/2010 03:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan