BATU PAHAT, 6 Ogos: Angkatan Muda Keadilan Johor (AMKJ) mengecam keras tindakan polis yang bertindak melakukan intimidasi melampau ke atas program ceramah umum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Tarbiyah PAS Sungai Tongkang, Rengit, pada Sabtu lalu.
AMKJ dalam satu kenyataan berkata, program ceramah umum yang sepatutnya berlangsung dalam keadaan aman dicabuli oleh polis sendiri apabila trak polis simpanan persekutuan (FRU) dan gerombolan anggota polis menyerbu masuk dengan biadap ke dalam premis persendirian.
"Tindakan pihak polis yang sangat tidak profesional ini adalah begitu mendukacitakan, malah semakin menghakis keyakinan umum terhadap keadilan dan kebebasan pihak polis. Ini berikutan program di Batu Pahat dianjurkan di dalam premis persendirian dan tidak melibatkan tempat awam," kata kenyataan itu.
AMKJ melihat tindakan pihak polis menggagalkan program tersebut sebagai satu usaha terdesak Umno/BN Johor yang diketuai oleh Menteri, Datuk Abdul Ghani Othman yang semakin putus asa melihat kemaraan Pakatan Rakyat menggempur Negeri Johor, lalu mempergunakan institusi polis untuk menghalang rakyat dari mendapat maklumat dan menjalankan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Intimidasi ini secara jelas membuktikan, bahawa PKR dan Pakatan Rakyat Negeri Johor merupakan satu ancaman terbesar bagi pemerintah Umno/BN Johor yang mahu terus memperbodoh, menafikan hak rakyat mendapat maklumat, berhimpun dan bersuara.
AMKJ menggesa agar pihak polis dapat membersihkan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada kawalan politik Umno/BN dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi PDRM.
"Polis Di Raja Malaysia bukanlah Polis Raja Di Malaysia. Jangan menjadi alat tunggangan UMNO-BN. Tindakan intimidasi ini melanggar Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan - Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Bahkan, PKR, PAS dan DAP merupakan sebuah parti politik yang sah," kata kenyataan itu lagi.
AMKJ menyatakan komitmen untuk membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) agar siri-siri intimidasi ini boleh dihentikan. Rakyat Johor perlu bersatu untuk hentikan tradisi membodohkan rakyat yang sedang digerakkan oleh UMNO-BN dan melakukan perubahan menolak Umno/BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Home »
» Halang ceramah: Johor menuju zaman gelap
Halang ceramah: Johor menuju zaman gelap
Written By canang on Sabtu, 7 Ogos 2010 | 8/07/2010 02:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan