MBABANE - Mswati Nothando Dube yang merupakan isteri ke-12, Raja Mswati III yang memerintah Swaziland diletakkan di bawah tahanan dalam rumah setelah dia ditangkap kerana curang bersama kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Isteri Raja Mswati III itu yang pernah menjadi peserta pertandingan ratu cantik remaja dilaporkan dicekup ketika berada dalam pelukan Menteri Kehakiman Swaziland oleh pihak polis di bandar ini, baru-baru ini.
Akhbar tempatan, The Independent melaporkan wanita berusia 22 tahun itu berada di bawah pengawasan pihak berkuasa di kediaman ibu mertuanya manakala kekasihnya yang sudah beristeri, Ndumiso Mamba ditahan di penjara atas perintah Raja Mswati III.
Pemerintah berkenaan kini berada di luar negara atas lawatan rasmi ke Taiwan.
Sementara itu, Menteri Kehakiman tersebut yang merupakan rakan karib Raja Mswati III bakal berdepan hukuman mati sekiranya dia didapati bersalah menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
Dube berkenalan dengan Raja Mswati III pada usia 16 tahun semasa dia mengambil bahagian dalam satu majlis tarian tahunan dengan disertai ribuan perawan yang melakukan persembahan untuk raja mereka sambil memakai pakaian mendedahkan payu dara.
Dia turut dikenali dengan nama Inkhosikati LaDube selepas berkahwin. - Agensi
Home »
» Isteri ke-12 Raja Swaziland curang
Isteri ke-12 Raja Swaziland curang
Written By canang on Khamis, 5 Ogos 2010 | 8/05/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
macam-macam...
Catat Ulasan