Home » » Pendidikan seks bantu elak jadi mangsa cabul

Pendidikan seks bantu elak jadi mangsa cabul

Written By canang on Sabtu, 7 Ogos 2010 | 8/07/2010 11:40:00 PTG

IPOH – Kekerapan kes seperti cabul, rogol dan culik pada masa kini, seharusnya dijadikan iktibar kepada ibu bapa supaya mendalami pendidikan seks yang lebih cenderung mendidik kanak-kanan mengenai hak dan saluran yang betul untuk membuat aduan apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, kerajaan sudah mengkaji inisiatif serta keberkesanan pendidikan seks di sekolah sama ada ia sesuai untuk murid-murid sekolah rendah khususnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, semua pihak bersetuju untuk menjadikan pendidikan seks mata pelajaran di sekolah dan ia dijangka akan dilaksanakan segera.

“Sejak kebelakangan ini banyak kes culik dan rogol membabitkan kanak-kanak bawah 12 tahun berlaku dan mangsa tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika berada dalam situasi itu.

“Justeru, mereka boleh mempelajari pendidikan seks yang merangkumi biologi serta berkaitan dengan kesihatan reproduktif tubuh badan,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Kebangsaan Kali Kedua Special Olympics Malaysia 2010 di Stadium Perak, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, Datuk Meme Zainal Rashid, Pengarah Jabatan Pembangunan OKU, Norani Mohd Hashim, Presiden Special Olympics Malaysia, Joseph Lau Tee Sun, Pengarah Kebajikan Masyarakat Perak, Chong Phaik Kee.

Seai Kee berkata, melalui pendidikan seks kanak-kanak terbabit tahu hak dan kepentingan untuk membuat aduan sama ada kepada ahli keluarga, guru dan penjaga.

“Sehubungan itu, diharap ibu bapa perlu serius dalam menentukan masa depan anak-anak mereka agar sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun diculik di Jelapang dan ditemui di Gopeng kira-kira 45 kilometer dari kawasan rumahnya di sini, kelmarin.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger