SYDNEY - Pemanjat sensasi, Alain Robert yang terkenal dengan panggilan Spiderman Perancis ditahan polis Australia selepas dia memanjat sebuah bangunan pencakar langit setinggi 57 tingkat, Lumiere di tengah Sydney semalam.
Dia berjaya sampai di puncak bangunan pada ketinggian 151 meter itu di Bathurst Street pada waktu pagi tanpa peralatan keselamatan dan mendapat sorakan kira-kira 100 orang yang melihatnya.
Warga Perancis berusia 48 tahun itu mengambil masa 20 minit untuk menawan bangunan tersebut sebelum ditahan polis dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat ini kerana memanjat bangunan dalam keadaan bahaya.
Robert pernah ditahan pihak berkuasa di beberapa buah negara kerana memanjat bangunan pencakar langit termasuk Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter di Kuala Lumpur pada 2 September 2009 dan didenda RM2,000.
Di Australia, dia pernah ditahan pada 2 Jun 2009 lalu setelah memanjat bangunan Royal Bank of Scotland setinggi 41 tingkat di sini dan dikenakan hukuman denda AS$750 (RM2,357). - Reuters
Home »
» Spiderman ditangkap panjat bangunan
Spiderman ditangkap panjat bangunan
Written By canang on Selasa, 31 Ogos 2010 | 8/31/2010 06:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan