Home » » 71 cawangan mahu Taib Mahmud kekal Presiden PBB, Ketua Menteri

71 cawangan mahu Taib Mahmud kekal Presiden PBB, Ketua Menteri

Written By canang on Ahad, 5 September 2010 | 9/05/2010 09:35:00 PTG

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Tan
Sri Abdul Taib Mahmud kekal sebagai presiden parti tersebut dan Ketua Menteri
bagi memastikan kestabilan politik serta pembangunan Sarawak secara berterusan. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, berkata Taib selaku
Ketua Menteri, mendapat sokongan penuh semua 71 ketua cawangan yang diwakili
kaum bapa serta sayap pemuda dan wanita PBB, iaitu anggota majlis tertinggi PBB,
melalui ikrar taat setia dan usul yang dibuat pada mesyuaratnya yang
dipengerusikan sendiri oleh Taib hari ini.

"Kami (anggota PBB) sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Pehin Sri (Tan
Sri) Abdul Taib Mahmud dan akan terus menyokong pucuk pimpinan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini.

Taib yang meninggalkan mesyuarat 10 minit lebih awal, enggan memberikan
sebarang komen kepada wartawan, sebaliknya menyerahkan kepada timbalannya untuk
memberi kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak media.

Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan Ketua Menteri Sarawak paling lama
berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak menyandang jawatan tersebut pada 26 Mac
1981. -- BERNAMA

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger