Home » » UMNO Perak mahu heret Nizar ke mahkamah

UMNO Perak mahu heret Nizar ke mahkamah

Written By canang on Ahad, 5 September 2010 | 9/05/2010 10:31:00 PTG

IPOH: UMNO Perak hari ini mendesak Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa UMNO terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

"UMNO Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan UMNO dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian," kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Beliau berkata sebuah akhbar Jumaat lepas melaporkan kenyataan pemimpin PAS itu yang menuduh Umno menukarkan wajahnya yang sedang menyembelih lembu kepada wajah Lim Guan Eng.
"Secara jelas, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang telah menamakan parti Umno sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak beretika itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Khusairi berkata perbuatan menunding jari kepada Umno dalam isu itu adalah sangat mengelirukan dan merupakan satu tuduhan yang berat terhadap sebuah parti politik berperlembagaan, berperaturan dan bermaruah.

Beliau berkata pembangkang nampaknya sudah ketandusan modal untuk mengheret Umno dalam polemik sehinggakan sanggup menuduh parti itu melakukan sesuatu tidak beretika yang lumrah dilakukan oleh "cyber-trooper" di dalam internet.
- BERNAMA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger