MARANG - Ketika umat Islam sibuk mengerjakan ibadat solat sunat tarawikh dan membuat persiapan terakhir sebelum sambutan Eidul Fitri keesokan harinya, terbuka hati seorang insan untuk menerima hidayah Islam di tangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pemuda berbangsa Myanmar yang hanya dikenali sebagai Sai itu mengucap kalimah syahadah di hadapan Abdul Hadi di kediamannya di Rusila setelah selesai mengimamkan solat Isyak di Masjid Rusila pada malam terakhir bulan Ramadhan Khamis lalu.
Berbanding dengan cadangan seorang paderi Kristian di Florida, Amerikat Syarikat yang mahu membakar kitab suci Al-Quran, Sai telah menerima Islam setelah melihat keindahannya yang mengajar manusia ke arah keamanan dan perpaduan sejagat.
Semoga Sai akan menjadi Muslim yang patuh kepada ajaran Islam serta mempertahankan kesucian dan keindahan agama.
Home »
» Abdul Hadi Islamkan Pemuda Myanmar Menjelang Eidul Fitrii
Abdul Hadi Islamkan Pemuda Myanmar Menjelang Eidul Fitrii
Written By canang on Ahad, 12 September 2010 | 9/12/2010 02:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan