VIENNA - Seorang wanita, Natascha Kampusch menyatakan dia ibarat berada di dalam neraka ketika menjadi mangsa culik seorang lelaki selama lebih lapan tahun di sebuah bilik bawah tanah di Austria.
Menceritakan pengalaman pahitnya menerusi siri autobiografi yang disiarkan semalam oleh akhbar Daily Mail, Natascha memberitahu, dia diculik oleh seorang lelaki semasa dalam perjalanan ke sekolah ketika berusia 10 tahun pada Mac 1998.
Dia kemudian dikurung oleh lelaki tersebut, Wolfgang Priklopil, di sebuah bilik konkrit bawah tanah di rumahnya dan digelar 'hamba saya' oleh penculiknya.
Selama lebih lapan tahun dia tinggal di bilik berkenaan yang tidak bertingkap dan cuma mempunyai sebuah katil dan tandas.
Semasa ditawan, wanita itu yang kini berusia 22 tahun memberitahu, dia mengalami pelbagai bentuk penyeksaan yang antara lain melibatkan:
Dipukul hingga 200 kali seminggu sehingga dia dapat mendengar bunyi tulang belakangnya 'retak'.
Dirantai ketika dipaksa tidur bersama bersama lelaki tersebut di katilnya.
Kepalanya dicukur botak dan dipaksa bekerja seperti seorang pembantu rumah dalam keadaan separuh bogel oleh penculiknya.
"Pada waktu petang, dia memandikan saya dalam sinki. Tidak biasa berbogel di hadapan lelaki asing, saya tidak memandangnya. Namun, dia menggosok saya seperti saya ini sebuah kereta," jelas.
Ekoran tidak tahan diseksa dan hidup dalam kurungan, dia pernah beberapa kali cuba membunuh diri tetapi gagal.
Sepanjang menjadi tawanan dia cuma beberapa kali dibenarkan naik ke dalam dan halaman rumah penculiknya.
Semakin lama, penculik itu kian menguasai Natascha. Dia tidak dibenarkan melihatnya secara bertentangan.
"Saya perlu meminta izin jika mahu berdiri, duduk, memusingkan kepala atau bercakap. Malah dia mengikut saya pergi ke tandas.
"Dia kemudian memasang Interkom, selain melihat saya menanggalkan baju dan mandi. Saya akhirnya sudah biasa dilihat dalam keadaan bogel," ceritanya lagi.
Tragedi yang menimpa Natascha mengejutkan dunia selepas dia berjaya melarikan diri dari penculiknya pada Ogos 2006 semasa berusia 18 tahun.
Wanita itu melarikan diri ketika Priklopil menjadi leka semasa dia mencuci kereta lelaki tersebut.
Penculiknya yang berumur 44 tahun membunuh diri sejurus selepas itu.
"Dia tidak memberi makanan sehingga saya kebuluran, dia memukul saya, menjerit ke telinga saya dan kemudian dia mahu memeluk saya," kata Natascha.
Priklopil menderanya secara fizikal dan mental selama bertahun-tahun sehingga dia trauma dan hampir kehilangan identitinya.
"Anda bukan lagi Natascha. Anda kini milik saya. Panggil saya Tuan," kata lelaki itu.
Trauma akibat bertahun-tahun didera menyebabkan wanita itu keberatan untuk bercerita tentang hubungannya dengan penculik itu.
Namun kini, dia memberanikan diri untuk menceritakan hubungan tuan-hamba yang ganjil itu dalam autobiografi bertajuk 3,096 Days, tempoh dia dikurung sebagai tahanan oleh lelaki gila itu. - Agensi
Home »
» Gadis dedah kisah diculik lapan tahun
Gadis dedah kisah diculik lapan tahun
Written By canang on Ahad, 12 September 2010 | 9/12/2010 01:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan