IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, meminta pakatan pembangkang membuktikan dakwaan mereka kononnya Perak boleh mencatat defisit tertinggi sehingga mencecah RM104 juta tahun ini, sedangkan kerajaan negeri memperoleh pendapatan luar jangka RM117.26 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Malah, katanya, pendapatan luar jangka itu secara tidak langsung berjaya menghapuskan unjuran defisit RM23.89 juta dalam Bajet 2010 yang diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober tahun lalu, bagi membolehkan belanjawan berimbang diwujudkan.
Beliau berkata, pembangkang perlu membuktikan dakwaan itu kerana selama ini mereka berceramah di merata tempat memberi gambaran yang salah mengenai kewangan negeri kepada rakyat kononnya bajet berada dalam keadaan kritikal.
“Jika benar berlaku defisit (yang besar), kita terima dan beritahu rakyat sebab ini wang rakyat dan diaudit, tidak mungkin kita boleh berbohong kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, kelmarin.
Zambry berkata, pendapatan luar jangka itu diperoleh hasil bayaran premium tanah Kerajaan Pusat serta kejayaan kerajaan negeri berbincang dengan beberapa pihak untuk membayar harga premium tanah mengikut kadar semasa berbanding kadar mininum ditetapkan kerajaan.
Katanya, ketika pembentangan Bajet 2010 pihaknya mengunjurkan berlaku defisit RM23.89 juta apabila perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan tanpa menjangka akan memperoleh pendapatan lebihan apabila melaksanakan kutipan cukai dan premium tanah.
Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan menggunakan pendapatan luar jangka itu untuk menghapuskan defisit selaras dengan amalan pengurusan bajet manakala RM30 juta digunakan untuk pelbagai program manfaat rakyat.
Ini termasuk dicarumkan kepada Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Negeri (RM50 juta) manakala bakinya disimpan dalam rizab negeri, seperti diluluskan dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010 pada Sidang DUN, Selasa lalu.
Zambry berkata, pakatan pembangkang seharusnya menggunakan Sidang DUN Selasa lalu untuk membahaskan rang undang-undang itu, sebaliknya mereka gagal berbuat demikian apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengubah suasana DUN menjadi pentas ceramah politik.
Beliau juga meminta pakatan pembangkang membuktikan dakwaan kononnya di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri berjaya memperoleh lebih pendapatan sebanyak RM103 juta dalam Bajet 2008.
”Saya ingin bertanya kepada mereka ketika membentangkan Bajet 2008, itu sebenarnya bajet siapa?.... Mereka hanya mengutip saja (bajet yang dirangka ketika Barisan Nasional memerintah sebelum itu),” katanya.
Home »
» Buktikan Perak boleh catat defisit tertinggi RM104 juta
Buktikan Perak boleh catat defisit tertinggi RM104 juta
Written By canang on Sabtu, 11 September 2010 | 9/11/2010 05:49:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan