Home » » Logo halal pelaris jualan

Logo halal pelaris jualan

Written By canang on Sabtu, 11 September 2010 | 9/11/2010 05:00:00 PTG

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini tangkal dan azimat dijadikan ‘pelaris’ bagi menarik pelanggan, namun kini logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dianggap sebagai bahan wajib bagi meraih keuntungan walaupun terpaksa mengguna pakai logo Jakim palsu.

Perkara ini terbukti apabila dua restoran dan hotel yang diserbu sepasukan pegawai Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur mendapati pemilik premis sengaja memalsukan logo halal Jakim bagi mengadakan bufet Ramadan.

Dalam operasi kira-kira jam 11 pagi kelmarin, pegawai Jakim memeriksa sebuah hotel di bangunan PGRM di sini selepas mendapat maklumat premis terbabit menganjurkan bufet Ramadan.

Operasi yang disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah dan Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah, disasarkan ke hotel tiga bintang terbabit susulan aduan orang ramai berhubung bufet Ramadan mencurigakan itu.

Sebaik pemeriksaan dilakukan, pegawai Jakim mendapati pengurusan hotel terbabit menyalahgunakan logo halal Jakim dengan meletakkannya pada poster bufet Ramadan yang ditampal pada pintu hotel.

Selain penemuan logo halal Jakim tidak diiktiraf itu, pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan menyeluruh ke dapur hotel terbabit menemui empat botol cuka masakan mengandungi alkohol.

Siasatan mendapati cuka masakan itu digunakan chef hotel terbabit untuk menyajikan masakan.

“Semua botol alkohol berkenaan dirampas berikutan ia menyalahi peraturan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perihal Dagangan 1972 berikutan menggunakan logo halal Jakim tanpa sijil sah,” katanya.

Menurutnya, operasi seterusnya disasarkan kepada sebuah restoran makanan Thailand di bawah bangunan berkenaan selepas aduan mendapati pemiliknya sengaja menampal logo seakan-akan logo halal Jakim pada pintu restoran.

Walaupun logo itu tidak mempunyai tulisan perkataan Jakim, namun bentuk dan simbol halal pada bulatan tengah pelekat digunakan itu menyamai logo halal Jakim.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger