Home » » Ku Li calon BN di Galas

Ku Li calon BN di Galas

Written By canang on Selasa, 5 Oktober 2010 | 10/05/2010 05:52:00 PTG

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan agar Tengku Razaleigh Hamzah dijadikan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas tidak akan merendahkan martabat anggota veteran UMNO itu.

"Tak timbul soal rendah martabat atau apa saja tetapi yang pentingnya (ialah) siapa yang bertanding akan diamanahkan untuk membawa suara rakyat dari kawasan yang ditandingi.

"Jadi kalau Tengku Razaleigh bertanding sebagai ADUN, beliau akan berkhidmat untuk kawasan yang diwakilinya nanti...ia merupakan satu penghormatan kepada sesiapa sahaja," katanya.
Sabtu lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai calon BN di Galas sebagai tidak wajar dan menyifatkannya sebagai merendahkan darjat
Tengku Razaleigh kerana bertanding di peringkat DUN.

Ismail Sabri berkata kebimbangan PAS mengenai ketokohan Tengku Razaleigh menyebabkan pemimpin mereka mula membuat pelbagai andaian tidak munasabah bertujuan menghalang Umno daripada meletakkan Tengku Razaleigh sebagai calon BN.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat kanser pada 27 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh pilihan raya kecil di situ.
- BERNAMA

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger