Home » » Pengacara TV disiasat kes khalwat isteri orang

Pengacara TV disiasat kes khalwat isteri orang

Written By canang on Selasa, 5 Oktober 2010 | 10/05/2010 05:30:00 PTG

SEGAMAT: “Ketika Boy berlari pulang ke rumah, saya dan isteri sempat melihat motosikal merempuh Boy sebelum badannya terperosok di bawah motosikal berkenaan.
“Kami terus berlari mendapatkannya, tetapi pada masa itu dia sudah tidak sedarkan diri dengan kepala dan pipinya berlumuran darah,” kata Salamon Mahat, 47, yang menyaksikan tragedi yang cukup menyayat hati itu.

Dalam kejadian malang itu, anak bongsunya, Shahrul Nizan Salamon, 4, atau Boy maut selepas dilanggar sebuah motosikal di tepi padang di hadapan rumah mereka di Ladang North Labis, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Boy, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Labis akibat parah di kepala.

Kejadian yang menimpa anak bongsu daripada tujuh beradik itu disaksikan Salamon dan isterinya, Norjamunah Yusof, 48, yang ketika itu berada di hadapan rumah iaitu kira-kira 10 meter dari padang itu untuk memanggil anak mereka pulang ke rumah.


Kemalangan itu dipercayai membabitkan seorang pekerja Indonesia di ladang itu dikenali sebagai Ambali yang baru bekerja kira-kira sebulan lalu.

Lelaki itu melarikan diri selepas mendapat tahu mangsa meninggal dunia.

Salamon berkata, dia meminjam kereta jirannya untuk menghantar Boy mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat, di sini untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Paya Merah, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, polis sudah mengenal pasti identiti penunggang motosikal itu dan usaha sedang dijalankan bagi menahannya yang dipercayai melarikan diri selepas mendapati mangsa meninggal dunia.

“Penunggang motosikal itu baru bekerja di ladang itu kira-kira sebulan lalu dan polis sedang mengenal pasti pemilik sebenar motosikal berkenaan,” katanya.

Katanya, suspek dipercayai menunggang motosikal dengan laju sebelum melanggar mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala dan pipi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger