Home » » Misi Tawan Batu Sapi:Indeks Persepsi Rasuah Malaysia Jatuh Lagi

Misi Tawan Batu Sapi:Indeks Persepsi Rasuah Malaysia Jatuh Lagi

Written By canang on Selasa, 26 Oktober 2010 | 10/26/2010 06:08:00 PTG

KUALA LUMPUR, 26 Okt - Malaysia sekali lagi gagal mencapai aras tanda NKRA (National Key Result Area) dalam Program Transformasi Kerajaan yang mensasarkan tahap antara 4.5 hingga 4.9 daripada tahap maksimum 10 apabila negara ini kekal tersenarai di tangga ke 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Indeks CPI oleh Transparency International, menunjukkan tahap markah CPI jatuh dari 4.5 sebelumnya kepada 4.4 selepas menyaksikan dari tempoh 2008 hingga 2009, negara ini merudum sembilan tempat dari tanga 47 jatuh ke 56.

Presiden TI Malaysia, Paul Low mengeluarkan laporan terkini yang menunjukkan negara jiran Singapura dan New Zealand berkongsi di kedudukan teratas sekali.

Menurut Low. kejatuhan indeks CPI negara tidak begitu signifikan walaupun beberapa langkah memerangi rasuah telah diambil dengan hala tuju yang sepatutnya, namun masalah masih lagi timbul dari sudut pelaksanaan langkah yang diambil.

Beliau berkata kegagalan menangani rasuah akan menggagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.

Disamping itu, katanya lagi, usaha yang dibuat oleh kerajaan melalui GTP belum lagi menghasilkan sebbarang kejayaan kerana faedah daripada usaha yang dilakkukan akan mengambil masa sebelum kesannya dapat dirasai oleh rakyat di negara ini.

Dalam pada itu, setiausaha agung pertubuhan berkenaan Ngooi Chu-Ing pula berkata masalah utama yang dihadapi melalui usaha menangani rasuah adallah persepsi umum bahawa kerajaan negara ini tidak mempunyai iltizam untuk mememrangi rasuah habis-habisan.

"Kita boleh lihat sebagai contoh, terdapat kebimbangan di kalangan umu bahawa tiada "ikan besar" yang didakwa dan juga kemajuan yang lembab dalam mengenalpasti serta mendakwa individu yang terbabit dalam skandal PKFZ (Port Klang Free Trade Zone).

"Begitu juga dengan keputusan "tiada sebarang tindakan"" (NFA) oleh peguam negara terhadap individu-individu yang didakwa mempengaruhi pelantikan hakim dalam badan kehakiman dan amalan berterusan memberikan kontrak projek-projek Mega secara tidak telus," katanya lagi.

TI-Malaysia, katanya mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa mendakwa disamping membolehkan badan itu melaporkan secara terus kepada ahli jawatankuasa parlimen.

"Pada masa kini, menteri kabinet mengistiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri namun butir-butir pengisytiharan harta mereka tidak pernah diumumkan kepada awam...kami juga menggesa ditegakkan kebebasan maklumat melalui pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan," tambah beliau lagi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger