Home » » Wanita Taiwan kahwin diri sendiri

Wanita Taiwan kahwin diri sendiri

Written By canang on Selasa, 26 Oktober 2010 | 10/26/2010 06:37:00 PTG

TAIPEI - Seorang wanita, Chen Wei-yih mengambil keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri selepas dia tidak berminat dengan lelaki yang ditemuinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia turut menerima tekanan sosial kerana masih belum berkahwin menyebabkan dia memutuskan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.

Pekerja pejabat berusia 30 tahun itu dijangka melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya pada bulan depan seorang diri tanpa suami.

Wei-yih sudah bergambar dengan memakai gaun putih, melantik seorang perancang perkahwinan dan menyewa satu dewan bankuet untuk dihadiri oleh 30 orang rakannya dalam majlis resepsi itu.

"Usia 30 tahun merupakan tempoh yang penting bagi saya. Namun saya belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Jadi, apa yang boleh saya buat?" soalnya.

"Saya tidak antiperkahwinan. Saya cuma berharap saya boleh meluahkan idea berbeza di luar lingkaran tradisi," katanya. Majlis Perkahwinannya itu melibatkan kos AS$5,675 (RM17,561).

Wanita di Taiwan dilihat semakin lambat dan jarang berkahwin apabila status ekonomi mereka menjadi bertambah baik. - Agensi
Share this article :

1 ulasan:

CT berkata...

Dah kurang lelaki kat donia ni gknya...atok kita tu single takmo ke??? hi3

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger