Home » » Tukar Kerajaan: Peneroka Jangan Takut Ugutan

Tukar Kerajaan: Peneroka Jangan Takut Ugutan

Written By canang on Ahad, 17 Oktober 2010 | 10/17/2010 09:00:00 PTG

KUALA KRAU 17 OKT: Rakyat di negara ini khususnya masyarakat luar bandar berhak memilih pemimpin yang terbaik dan tidak perlu takut dengan sebarang ugutan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, proses pilihanraya membenarkan rakyat berbuat demikian bagi memilih kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab dan mampu membela rakyat.

"Jangan takut untuk menukar kerajaan. Orang Pulau Pinang tak ada yang mati hanya kerana tukar kerajaan daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR). Tak ada orang Selangor yang tak cukup vitamin kerana tukar kerajaan. Jangan rungsing jangan resah untuk tukar kerajaan. Jangan terpengaruh dengan ugutan pemimpin Umno. Rakyat ada hak untuk memilih," katanya ketika berucap di Felda Jengka 20, dekat sini, malam tadi.

Beliau menggesa demikian agar masyarakat luar bandar termasuk peneroka, berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Tambahnya lagi, rakyat terutamanya orang Melayu pedalaman diugut dan dimomokkan dengan pelbagai tuduhan bagi tujuan untuk menakutkan rakyat agar tidak berani menukar kerajaan.

Biarpun begitu, berkata rakyat gesanya, tidak wajar melayan ugutan yang dilakukan pemimpin Umno tersebut yang hanya mahu mengekalkan pemerintahan yang diselaputi rasuah dan penyelewengan.

Menurutnya lagi, negara ini tidak akan selamat jika terus dikuasai pemimpin Umno BN, justeru beliau merayu rakyat berubah dengan memberikan peluang untuk PAS dan PR menerajui pemerintahan negara berasaskan ajaran Islam yang adil untuk semua. "PAS membawa Islam bagi menyelamat rakyat dan negara ini.

Kita bawa keadilan untuk semua, kita mahu mencorakkan pemerintahan negara yang beramanah, sebab itu rakyat mesti berani membuat perubahan," katanya. Turut berceramah pada majlis itu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad dan Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger