Home » » Tunjuk Bukti Kouta 70% Bumiputera : MB Kedah

Tunjuk Bukti Kouta 70% Bumiputera : MB Kedah

Written By canang on Ahad, 17 Oktober 2010 | 10/17/2010 10:00:00 PTG

ALOR SETAR 17 OKT : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta supaya ditunjukkan bukti bahawa kerajaan negeri menetapkan kuota pemilikan rumah sehingga 70 peratus kepada bumiputera di negeri itu.

"Minta tunjuk bukti kalau ada syarikat perumahan yang terima surat mengenai kuota ini. Takut saya terlepas pandang mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA Kedah bahawa kerajaan negeri telah menaikkan kuota pemilikan rumah untuk bumiputera daripada 50 peratus kepada 70 peratus.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang turut mendakwa beliau telah melihat surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri yang menetapkan bahawa untuk mendapat kelulusan pembinaan perumahan, kuota untuk bumiputera mestilah sebanyak 70 peratus.

Menurutnya, kenaikan jumlah kuota itu dilaksanakan tanpa pendedahan umum. "Setakat ini kita tidak mendapat sebarang maklumat mengenai perubahan jumlah kuota ini daripada sesiapa," jelas Azizan. --
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger