KUALA LUMPUR 5 NOV: Pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi membuktikan keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh yang hendak memecahbelahkan kerjasama baik antara PKR, PAS dan DAP, ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut kekalahan semalam beliau berkata, kekalahan bukan bermakna perjuangan Pakatan suatu yang tidak benar, sebaliknya beliau menulis Umno-Barisan Nasional(BN) yang menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.
“Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua-dua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Dalam kenyataan itu juga beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu dari segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.
"Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan," tambahnya lagi.
Hadi juga tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan dan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Beliau menyeru, agar perkara ini menjadi lonjakan kepada Pakatan Rakyat bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.
"Saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT," ujarnya.
Home »
» Galas, Batu Sapi: Pakatan Rakyat Makin Teguh- Hadi
Galas, Batu Sapi: Pakatan Rakyat Makin Teguh- Hadi
Written By canang on Jumaat, 5 November 2010 | 11/05/2010 06:15:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan