SHAH ALAM 4 NOV- Jawapan di Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa fail kes dua akuan bersumpah oleh P Balasubramaniam ditutup kerana beliau masih bersembunyi adalah remeh dan tidak boleh diterima.
Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa Nazri lebih cenderung untuk tidak berkata benar dengan memberikan alasan sedemikian selepas Peguam Negara memutuskan untuk menutup kes yang mendakwanya memberikan kenyataan palsu dalam akuan sumpahnya.
"Beliau(Balasubramaniam) sebelum ini bersetuju untuk bekerjasama memberikan keterangan tetapi kita lihat permintaannya untuk memberikan keterangan di tempat yang bebas tidak ditunaikan oleh kerajaan.
"Balasubramaniam melahirkan kekhuatirannya kerana kes tersebut membabitkan Perdana Menteri dan isterinya," tambah beliau.
Katanya, ia merupakan alasan yang munasabah untuk beliau melahirkan kebimbangan mengenai keselamatannya terutamanya apabila kenyataan tersebut diambil di Malaysia yang terikat dengan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).
"Apa yang saya lihat, Ghani sebenarnya cuba mencari alasan seolah-olah kes ini dirancang daripada awal untuk ditutup.
"Dari sudut undang-undang sedia ada, kita lihat ia sudah memadai bagi polis mengambil tindakan undang-undang berdasarkan maklumat yand didedahkan oleh Balasubramaniam melalui laman web dan media alternatif.
"Ini menunjukkan mereka sebenarnya cuba mencari jalan untuk kes ini tidak dapat diteruskan," ujar beliau ketika dihubungi TV Selangor.
Berhubung isu dua kenyataan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam sebelum ini, Shamsul berkata kenyataan Nazri jelas bercanggah dengan prinsip dan undang-undang yang menjadi amalan di negara ini kerana SD yang dibuat adalah di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.
Mereka yang disabit melakukan kesalahan itu berdepan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda.
Mohd Nazri di dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam menyatakan walaupun ada percanggahan antara dua SD Balasubramaniam, ia tidak sama sekali menjejaskan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Keputusan menutup kes itu katanya dibuat selepas 'pertimbangan yang teliti' terhadap hasil siasatan polis dan kenyataan para saksi," tambahnya ketika menggulung Rang Undang-undang Bekalan 2011.
Dalam pada itu, peguam kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyifatkan keputusan Peguam Negara menutup fail kes dua perakuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam sebagai usaha untuk menghalang segala pendedahan maklumat memalukan.
Americk Sidhu, dalam temubualnya dengan blog portal Malaysia Chronicle mendakwa ia bertujuan untuk menghalang sebarang maklumat yang boleh mengaitkan kes pembunuhan model dari Mongolia,
Altantuya Shaaribu dengan Deepak Jaikishan, rakan niaga isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta adiknya sendiri Datuk Nazim Abdul Razak dan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai inspektor Suresh.
Malaysia Chronicle dalam blognya melaporkan Anerick sebagai berkata bahawa kumpulan terbabit dipercayai bertindak dengan motif untuk melindungi Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri serta memusnahkan kredibiliti maklumat yang terkandung dalam akuan bersumpah yang asal.
"Peguam negara tidak mahu membuat siasatan lebih lanjut kerana ia bakal mendedahkan pelbagai maklumat yang boleh mengaitkan mereka...kerana itu beliau membuat keputusan untuk menghentikan siasatan," beliau dilaporkan sebagai berkata kepada Malaysia Chronicle.
Menurut Americk lagi, tiada apa perkembangan positif yang akan dapat dilihat kerana kumpulan terbabit berada di dalam lindungan kumpulan pemisahan politik yang dianggap betul.
"Saya tidak fikir ia adalah satu kesimpulan yang baik dari situasi keadaan sekarang kerana ia tidak ubah sebagai satu lagi usaha untuk menyapu semua bukti di bawah hamparan...sememangnya itulah kepakaran mereka," tambah beliau lagi.
Americk berkata demikian mengulas kenyataan Nazri, Rabu lalu bahawa kerajaan akan menutup fail kes dua akuan bersumpah yang berbeza oleh Balasubramaniam.
Bala, dalam akuan bersumpah pertamanya telah mendedahkan bahawa Altantuya adalah perempuan simpanan Najib sebelum model tersebut diserahkan kepada rakan baiknya, Razak Baginda.
Namun, 24 jam selepas beliau membuat pendedahan berkenaan melalui surat akuan bersumpahnya,
Bala dikatakan telah dipaksa menarik balik surak akuan bersumpah terbabit dan seterusnya membuat satu lagi surat akuan bersumpah antara kandungannya mengandungi kenyataan bahawa beliau membuat surat akuan bersumpah pertama dalam keadaan tertekan dan dipaksa.
Bala kemudiannya telah menghilangkan diri bersama keluarganya sebelum muncul kembali beberapa bulan lalu.
Beberapa laporan polis telah dibuat berikutan itu dan Suruhanjya Piencegah Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan menyiasat dakwaan bahawa kumpulan terbabit telah merasuah dan mengugut Bala untuk menandatangani surat akuan bersumpah keduanya.
SPRM, bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyiasat aduan yang dibuatt dan turut berdolak dalik apabila membatalkan pertemuan untuk merakam kenyataan Bala di London pada saat-saat akhir.
"Sudahkah polis menyiasat dalang yang mengugut Bala menarik balik kenyataan akuan bersumpahnya yang pertama, termasuk Deepak dan abangnya, Inspektor Suresh, Nazim Razak, Rosmah Mansor dan perisikan tentera” persoal Americk lagi.
“Jika mereka sudah melakukan siasatan, pastinya fail kes ini tidak akan ditutup...jika mereka menjalankan tugas dengan sempurna sudah pasti semua nama yang disebutkan di atas termasuk 'peguam' Bala bagi surat akuan bersumpah keduanya, Arunampalam didakwa di atasa beberapa kesalahan yang dilakukan," tambah beliau lagi.
Home »
» Shamsul Iskandar, Americk Sidhu -Tutup Fail Bala Percubaan Lindungi Kumpulan Tertentu
Shamsul Iskandar, Americk Sidhu -Tutup Fail Bala Percubaan Lindungi Kumpulan Tertentu
Written By canang on Jumaat, 5 November 2010 | 11/05/2010 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan