GUA MUSANG : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengislamkan tiga Orang Asal semalam. Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop.
Memetik laporan berita Harakah Daily Online,majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 Orang Asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh Nik Aziz sendiri.
Majlis itu turut disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed. Turut hadir pada majlis itu adalah Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli.
"Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga Orang Asal dari Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal.
Nik Aziz dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi keluarga arwah Salmah Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.
Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Nik Aziz yang dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.
Home »
» Nik Aziz Islamkan 3 Orang Asal
Nik Aziz Islamkan 3 Orang Asal
Written By canang on Rabu, 3 November 2010 | 11/03/2010 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan