![]() |
Dr Tan menegaskan perbuatan Rosmah telah melanggar protokol kerajaan dan membelakangkan Kabinet Malaysia seterusnya urusan pentadbiran kerajaan yang bukan dalam bidang tugasnya sebagai seorang isteri pemimpin negara.
"Ini adalah majlis rasmi kerajaan Malaysia peringkat kebangsaan mengapa Rosmah masuk campur? Mengapa Najib membenarkan isterinya membaca ucapan rasminya pada satu majlis rasmi anjuran kerajaan.
"Semasa saya dalam kerajaan, jawapan di Parlimen umpamanya hanya boleh di jawab oleh Menteri, kalau Menteri tidak ada tugas itu diberi kepada Timbalan Menteri atau pun Setiausaha Parlimen.
"Kita faham Najib tidak sihat tetapi mengapa tidak diwakilkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin atau Menteri Kanan. Oleh kerana ini perayaan Deepavali sepatutnya diwakili oleh Datuk Dr S Subramaniam bukannya hantar Rosmah yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan.
Justeru Dr Tan yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat menasihati Rosmah supaya sedar akan kedudukan beliau sebagai hanya isteri Perdana Menteri dan jangan memandai-mandai berlagak seolah-olah wakil rasmi Perdana Menteri.
"Sekarang ini sahlah apa yang dikatakan oleh rakyat sejak Najib memegang jawatan, sebenarnya Rosmah yang menjadi 'Perdana Menteri" dan bukannya Najib.
"Amat malang bagi seorang Perdana Menteri daripada Umno yang takutkan isterinya," kata beliau lagi.
Rosmah dibidas kerana dilihat gilakan kuasa membaca ucapan Perdana Menteri di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield Ahad lalu.

1 ulasan:
Cantik, cantik. Saya harap banyak lagi 'Wanita Pertama' kita patut buat. Biar lagi ramai orang menyampah. Sekarang ini orang2 UMNO sendiri pun sudah turut meluat. Banyak cerita2 yang pernah kita dengar tentang laki takut bini. Atau bini tak takut laki. Cerita Rosmahlah yang paling kelasik. Teruskan....si luncai hanyut dengan labu2nya.
Catat Ulasan