Home » » Projek Mega Tidak Mampu Dinikmati Kaum Bumiputera- Mahamad Sabu

Projek Mega Tidak Mampu Dinikmati Kaum Bumiputera- Mahamad Sabu

Written By canang on Selasa, 2 November 2010 | 11/02/2010 11:00:00 PG

GALAS : "Jangan jadi penonton kepada pembangunan," ungkapan itu disebut Ahli Jawatankuasa(AJK) PAS Pusat, Mohamad Sabu dalam ceramah perdana di sini malam tadi menyifatkan cadangan pembangunan projek mega kerajaan Barisan Nasional(BN) sebagai tidak mampu dinikmati kaum Bumiputera.

Beliau berkata, PAS tidak menentang pembangunan sebaliknya pembelaan nasib Bumiputera lebih diutamakan justeru sebilangan besar golongan berpendapatan sederhana dan miskin dapat terlibat secara langsung.

Tambah Mohamad Sabu lagi, kegagalan racangan masa depan negara kerajaan BN mengakibatkan sektor ekonomi dan sosial Bumiputera dipinggirkan.

"Kita tidak menegah pembangunan tapi adakah pembangunan projek berbilion ringgit ini mampu dimiliki oleh kaum Bumiputera? Jangan hanya kroni sahaja yangakhirnya tiada tempat membela nasib Bumiputera oleh Barisan Nasional. Akhirnya kerajaan terpaksa berhutang untuk bantu mereka," ujar beliau.

Beliau turut mengambil contoh pentadbiran 'berjimat' kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tanpa mengubah struktur cukai negeri itu.

Tambahnya, pendekatan aspek ekonomi yang digunapakai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi peluang masyarakat merasai hasil pendapatan negeri justeru meningkatkan sokongan semua kaum berikutan kepercayaan terhadap bentuk pemerintahan mendahulukan rakyat.

Beliau turut menyentuh agihan ekonomi serta corak pentadbiran Pakatan Rakyat tanpa diskriminasi kaum membuatkan kepimpinan Umno-BN goyah sekaligus mengurangkan sokongan majoriti terhadap pentadbiran kroni itu.

"Kelantan bukan lagi negeri miskin. Tapi jika kita lihat, negeri Sabah di bawah jajahan BN nombor satu miskin. Masyarakat bandar sudah mula tidak sokong(BN). sekarang BN terpaksa bergantung kepada orang kampung, Orang Asli, Felda dan undi pos untuk menang.

"PAS di Kelantan walaupun dikaitkan dengan semangat Islam yang kuat, tidak mengusik kepercayaan dan amalan kaum lain. Itu sebabnya Ketua Menteri Pulau Pinang mahu contohi pemerintahan Omar Abdul Aziz," jelasnya di hadapan kira-kira 200 orang yang setia menunggu walaupun hujan.

Jelas beliau lagi, pembaharuan sudut pemikiran dan kehendak rakyat memberi implikasi kesepaduan seraya memperkukuhkan hubungan semua kaum seperti yang diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga yakin ayam tambatan Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut tidak bersetuju dengan cara kerajaan Umno-Barisan Nasional menguruskan pentadbiran negara namun tidak mampu menyuarakan kepada umum.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi berkata sekiranya kemenangan PAS di Galas akan menyampaikan mesej bantahan terhadap pembaziran dana negara oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional menerusi projek mega yang diutarakan.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger