Mengharapkan panas hingga ke petang namun hujan di tengah hari. Begitulah kebahagiaan yang diharap namun apakan daya semuanya bagaikan sudah ketentuan. 10 pasangan selebriti popular yang menemui titik noktah dalam kisah rumah tangga apabila mengambil keputusan untuk bercerai. Kisah mereka telah menggegarkan industri seni hiburan buat seketika.
DIRA & ASH
Tarikh perkahwinan :31 Ogos 2007
Tarikh perceraian : 8 April 2010
Pemain keyboard kumpulan Bau, Ash memfailkan perceraian terhadap Dira Abu Zahar. Ash dikatakan tidak boleh menerima Dira yang semakin sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon. Mereka merupakan finalis Sehati Berdansa musim ketiga. Dikurniakan anak berusia 2 tahun, rumah tangga dibina tiga tahun lalu sudah tidak dapat diselamatkan.
SABRINA ALI & MOHAMAD SHAHRIN
Tarikh perkahwinan :21 Mei 2006
Tarikh perceraian : 25 Mei 2010
Anak saudara kepada sutradara Datuk Yusof Haslam ini bercerai dengan cara yang baik. Sabrina dan suaminya juga sama-sama terlibat dalam Sehati Berdansa. Hubungan mereka masih baik demi kebaikan anak mereka yang berusia dua tahun. Menurutnya lagi, tidak ada sebab untuknya bercerita mengenai kisah perceraian demi menghormati kedua-dua belah keluarga.
RADHI OAG & SHAZLIN
Tarikh perkahwinan :1 Januari 2005
Tarikh perceraian : 8 Jun 2010
Pergolakan rumah tangga yang berlaku pada pasangan Radhi dan Shazlin bermula sejak tahun lalu. Sebelum ini, sudah dua kali Shazlin memfailkan permohonan cerai di mahkamah tetapi Radhi enggan bersetuju dengan kes mereka berlanjutan hingga awal tahun ini. Radhi akhirnya melepaskan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan mereka selama lima tahun, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki.
ANNE NGASRI & ABDUL WAFI
Tarikh perkahwinan : 26 Mei 2006
Tarikh perceraian : 25 Jun 2010
Perkahwinan yang dibina sekitar empat tahun lalu menemui titik noktah apabila Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri dan suaminya Abdul Wafi sudah tidak sehaluan. Dikurniakan tiga orang anak, pasangan ini sudah dua kali bercerai namun mereka merujuk semula tanpa dirujuk ke mahkamah. Sewaktu lafaz cerai talak ketiga, Anne masih mengandung dua bulan. Ada ura-ura mengatakan punca perceraian mereka kerana wujudnya orang ketiga dalam hubungan mereka. Pun begitu, Anne lebih selesa berdiam diri
MAYA KARIN & MUHAMMAD ALI
Tarikh perkahwinan : 14 Ogos 2008
Tarikh perceraian : 16 Julai 2010
Tidak ada siapa yang tahu mengenai punca sebenar keretakan rumah tangga yang dibina oleh pelakon dan pengacara popular Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali. Dalam usia perkahwinan dua tahun, Maya dan Ali dikatakan tidak tinggal bersama sebulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.
AIDA KHALIDAH & JOE RADZWILL
Tarikh perkahwinan : 6 November 2002
Tarikh perceraian : 26 Ogos 2010
Jika diimbas, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga di Thailand, tetapi mendaftarkannya beberapa bulan sebelum bercerai. Selepas melayari bahtera perkahwinan selama lapan tahun, akhirnya Aida Khalidah mengambil keputusan untuk bercerai dan membuat permohonan cerai secara fasakh kerana mendakwa Joe Radzwill mengasarinya. Joe Radzwill atau nama sebenarnya Ismail Ahmad @ Mohd Radzwill atau Joe Radzwill melafazkan talak satu terhadap Aida Khalida dua hari selepas pulang dari mengerjakan umrah.
IDA NERINA & SHAHRIN
Tarikh perkahwinan : 2 Jun 2006
Tarikh perceraian : 11 September 2010
Jika dilihat, perkahwinan mereka tidak digembar-gemburkan kepada umum. Setelah empat tahun hidup bersama, lafaz cerai oleh Shahrin dilafazkan terhadap Ida Nerina ketika tidak dapat mengawal emosinya sewaktu Hari Raya kedua. Shahrin yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan sebelum ini bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perceraian mereka.
RAJA AZURA & ADZMIN
Tarikh perkahwinan : 10 Mac 2001
Tarikh perceraian : 28 September 2010
Punca awal keretakan rumah tangga Raja Azura atau lebih popular dengan nama Kak Engku ini disebabkan kehadiran orang ketiga. Bermula pada sesi kaunseling, rumah tangga yang dibina sembilan tahun lalu gagal diselamatkan. pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mia Maizurah, 4.
ALEEZA KASIM & MOHD FAUZI
Tarikh perkahwinan : 16 Julai 2006
Tarikh perceraian : 27 Oktober 2010
Mohd Fauzi, 47, menjatuhkan talak terhadap Aleeza Kasim, 40, pada bulan Febuari tahun ini. Lafaz tersebut keluar dari mulut Mohd Fauzi kerana dikatakan bertengkar perihal balik kampung. Pun begitu, ia tidak dianggap sebagai lafaz cerai dan mahkamah mengesahkan mereka masih suami isteri. Selepas lima bulan Mohd Fauzi melafazkan di mahkamah untuk melepaskan Aleeza. Dalam tempoh perkahwinan mereka selama empat tahun, mereka tidak dikurniakan anak.
SEIN & NANA
Tarikh perkahwinan : Julai 2006
Tarikh perceraian : 8 Disember 2010
Juara Sehati Berdansa musim ketiga ini dikatakan mengikut jejak langkah sahabat yang lain mengambil keputusan untuk bercerai. Pasangan yang mendirikan rumah tangga empat tahun lalu ini dikurniakan dua orang anak. Sein merupakan anggota kumpulan Ruffedge dan Nana pula lahir daripada program Mentor bersama kumpulan FO3. Mereka berdua dikatakan tidak boleh hidup bersama kerana tiada persefahaman lagi. Pun begitu, mereka berdua mengambil keputusan berpisah secara baik.
Home »
» 10 Selebriti Kecundang di2010
10 Selebriti Kecundang di2010
Written By canang on Sabtu, 25 Disember 2010 | 12/25/2010 08:53:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan