KLANG: Seorang pengawal peribadi dipenjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas didapati bersalah merogol adik iparnya di kuarters kerajaan, di Putrajaya, dekat sini, lima tahun lalu.
Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang juga bapa kepada tiga anak berusia 34 dan memerintahkan hukuman penjara itu, bermula semalam. Tertuduh yang memakai kemeja putih dan seluar gelap kelihatan tenang, tetapi mulutnya terkumat-kamit seperti sedang membaca doa ketika keputusan itu dibacakan. Sementara untuk satu lagi pertuduhan iaitu memiliki gari, lelaki itu dijatuhi
hukuman denda RM300 atau sebulan penjara. Yong Zarida dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Lelaki itu didapati bersalah merogol mangsa yang berusia 25 tahun di rumahnya, antara jam 5 pagi dan 7.20 pagi, 22 Mei 2005. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Dia juga didapati bersalah memiliki gari di tempat dan hari sama, suatu kesalahan mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama. Terdahulu, peguam bela mewakili lelaki itu, Badrul Munir Bukhari memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan kerana anak guamnya menanggung keluarga. “Tertuduh selepas kejadian berkerja secara sambilan di kelab malam dengan pendapatan RM500 sebulan. Dia juga berkerja sebagai ‘call man’ yang memberinya komisen berdasarkan jika ada kemalangan. “Dia turut membantu rakannya berniaga di pasar tani. Sekali kawal, dia akan dapat RM50. Oleh itu, sebulan dia boleh mendapat RM200,” katanya. Beliau berkata, jika tertuduh dipenjarakan, isteri anak guamnya terpaksa mengambil alih tanggungjawab untuk membesarkan anak pasangan itu termasuk yang baru berusia 12 bulan.
Selain itu, katanya, mahkamah harus mempertimbangkan pengakuan lelaki itu sejak awal perbicaraan bahawa kesalahan itu dilakukan secara sukarela antara tertuduh dan mangsa.
“Tertuduh juga sudah insaf dan ini dapat dilihat apabila dia memberi keterangan di mahkamah,” katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin, membantah permohonan itu kerana kesalahan itu menyebabkan mangsa trauma. Dia yang sedikit sebak berkata, tertuduh perlu dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada masyarakat. “Sebagai abang ipar yang menjadi sebahagian daripada keluarga, tertuduh seharusnya menjadi pelindung dan bukan sebaliknya,” katanya. “Kesalahan ini akan menyebabkan masyarakat berpandangan sudah tidak selamat berada di kalangan ahli keluarga sendiri,” katanya. Berdasarkan keterangan saksi, tertuduh merentap seluar sukan mangsa sebelum menggunakan pistol bagi menakutkan wanita itu sebelum merogolnya. Ketika kejadian, isteri tertuduh tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan. Difahamkan, mangsa yang kini sudah berumahtangga masih menjalani rawatan akibat kejadian itu. Pada prosiding semalam, pendakwaan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norbaya Jamil.
Home »
» Ipar nafsu setan
Ipar nafsu setan
Written By canang on Sabtu, 25 Disember 2010 | 12/25/2010 08:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan