SHAH ALAM 9 FEB : Bila kuasa mengatasi segalanya, yang lemah akan terus ditindas dan yang dianggap musuh akan terus digulingkan dengan apa jua cara sekali pun.
Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menceritakan tentang hikayat hidupnya bergelar seorang tokoh politik yang tidak kering dengan pelbagai cabaran.
Namun katanya, ia tidak sesekali mematahkan semangatnya malah rakyat sebagai pemerhati juga semakin bijak menilai senario politik tanah air.
" Sebab itu, dalam perjuangan apa pun kita kena yakin. Mana kita tahu boleh dengan keyakinan itu? Yakin dan dengan fakta," kata Anwar.
Anwar bercakap demikian di hadapan kira-kira 1,000 hadirin di Taman Sukma, Petrajaya, di Kuching baru-baru ini.
Beliau sempat mengulang dialog filem blockbuster Bollywood, "My Nams Is Khan",dan disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.
" My name is Khan, I'm not a terrorist. Saya pun bila Datuk Hishamuddin suruh siasat, saya sebagai pengganas. Saya pun nak jawab, "my name is Anwar, I'm not a terrorist.
" Orang dengar dan orang ketawa. Sebab tidak masuk akal tetapi itulah dia, kuasa itu menyebabkan orang angkuh dan itulah yang mereka tidak peduli. Fakta tidak peduli, undang-undang, tidak penting. Kita mesti habiskan. Tidak boleh (begitu)," tambah Anwar.
Katanya, media kawalan Umno-BN tidak pernah berhenti mencanang fitnah terhadap dirinya, bahkan sampai masanya, ia sudah masuk dek akal.
Tuduhan bahawa beliau agen Yahudi, perisik CIA, agen Amerika, terlibat dengan skandal liwat dan akhirnya sebagai pengganas, ibarat alah biasa tegal biasa pada dirinya.
Malah ketidakadilan kepada dirinya berterusan apabila beliau dinafikan hak untuk membela dirinya walaupun terbukti bahawa beliau tidak bersalah.
" Tapi saya tidak ada pilihan. Kalau wang yang saya cari, mereka boleh kata lah. Ingat dulu dia kata saya saya ada RM3 bilion di luar negara, sampai sekarang tidak ada bukti. Allah Maha Kaya,lepas 10 tahun saya tunggu 1998 kena tangkap, 2009 keluar di mahkamah, pengarah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang membuat siasatan itu setelah memeriksa akaun di Kuala Lumpur, periksa akaun di Singapura, periksa akaun di London, didapati tuduhan itu palsu. Saya tidak akan akaun di Singapura dan London dan bersihkan nama saya.
" Tetapi ada kita baca, tidak ada. Ada laporan dalam RTM, dalam TV 3, tidak ada. Yang ada, hanya hendak aibkan kita. Bila hendak tuduh dan fitnah kita, muka surat depan. Bila kenyataan membebas dan membela kita, tidak ada. Ini yang disebut fitnah jahat," kata Anwar lagi.
Home »
» Bila Kuasa Mengatasi Segalanya,Yang Lemah Terus Ditindas
Bila Kuasa Mengatasi Segalanya,Yang Lemah Terus Ditindas
Written By canang on Rabu, 9 Februari 2011 | 2/09/2011 07:31:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan