Home » » Dari 'chatting' ke kancah maksiat

Dari 'chatting' ke kancah maksiat

Written By canang on Selasa, 8 Februari 2011 | 2/08/2011 11:00:00 PTG


SENAI - Dari alam siber bermula dengan laman sembang atau ‘chatting’, bertukar gambar kemudiannya berjumpa dilihat sebagai pendorong kepada penzinaan.

Imam Daerah Johor Bahru, Mohd Azman Mohsin berkata, jelas dalam surah Al Isra’ ayat 32 berfirman janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.


“Hampir jelas maknanya iaitu menghampiri zina itu hukumnya haram dan berdosa. Begitu juga dengan trend terkini dengan teknologi langit terbuka, ia bukan saluran untuk pelayar Internet untuk melakukan maksiat.

“Perkara ini kita perlu kawal, di mana ibu bapa perlu mengawal anak-anak iaitu kembali kepada ajaran Islam bermula dengan menjaga aurat ia adalah perkara yang sangat penting dititikberatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengenai isu wanita dan lelaki bukan muhrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Mohd Azman berkata, jika perkara tersebut berlaku dalam institusi perkahwinan, suami atau isteri perlu mengambil sikap pantau-memantau dalam keluarga.

“Banyak kes kecurangan sehingga berlaku penceraian berlaku kerana sikap keterbukaan dan kebebasan dalam hubungan iaitu berhubung dengan pihak ketiga menerusi telefon bimbit, dan sifat berahsia antara pasangan.

“Jika amalan ini berlaku dalam perkahwinan, maksudnya ada sesuatu perkara yang disembunyikan dan barangkali ada perkara yang tidak kena, justeru pasangan perlu saling pantau memantau pasangan masing-masing,” katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata, mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Katanya, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan muhrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger