Home » » Taktik Keji Umno Hanya Mengundang Benci Rakyat

Taktik Keji Umno Hanya Mengundang Benci Rakyat

Written By canang on Selasa, 29 Mac 2011 | 3/29/2011 05:38:00 PTG


SHAH ALAM 29 MAC: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya sebagai langkah terakhir parti lawan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Menurut Anwar, taktik licik dan keji UMNO hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap parti itu.

"Isu dia apa?Isu dia kesediaan Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan. Dan ini langkah terakhir Barisan Nasional guna apa juga cara yang mungkin. Tipu helah, jijik untuk halang bukan kami di atas pentas, tapi kemaraan rakyat Malaysia."katanya.

Anwar berkata demikian dalam pidato khas di Majlis Solat Hajat dan Pidato Khas menangani isu video lucah di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam.

Hampir 20 ribu hadirin hadir memberi sokongan kepada Anwar yang dituduh Datuk T selalu mengerjakan perkara keji seperti melanggan pelacur.

Minggu lalu, Anwar membuat satu laporan polis ierikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di negara ini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Walaupun Polis menyatakan telah mendapatkan keterangan daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Syazryl Eskay Abdullah, hakikatnya mereka tidak pernah ditahan.

Anwar turut mempertikai cubaan Rahim yang juga Bekas Ketua Menteri Melaka yang digambarkan yang muncul mempersoalkan moral Anwar walau hakikatnya Rahim dibelenggu pelbagai masalah.

"Dalam kes Chua Soi Lek siapa edar ditangkap. Tapi dalam kes ini siapa edar diraikan.Dan kebetulan orang yang diraikan Rahim Tambi Chik. Ini tokoh akhlak baru yang diperjuangkan UMNO BN sebagai pejuang moral baru Rahim Thamby Chik."katanya.

Anwar turut meminta penyokong beliau tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger