Home » » Terkini:Barisan Nasional Sudah Mula Tidak Yakin

Terkini:Barisan Nasional Sudah Mula Tidak Yakin

Written By canang on Ahad, 6 Mac 2011 | 3/06/2011 05:25:00 PTG


Secara luar biasa Mingguan Malaysia diruangan Fokus Khas terhadap Pilihanraya Kecil yang berlangsung hari ini melontarkan tajuk MERLIMAU, KERDAU MILIK SIAPA? Ia menjadi luar biasa kerana sebelum ini tajuk-tajuk berita yang keluar pada pagi hari mengundi adalah seperti Barisan Pasti Kekal Kerusi, Kali Ini Majoriti Akan Lebih Besar, Pengundi Atas Pagar Sudah Mula Buka Mata dan sebagainya.


Lebih mengejutkan kenyataan tersebut keluar setelah calun BN dikedua-dua DUN tersebut turun hingga keKebun-Kebun Getah menagih undi. Disamping itu mengikut beberapa maklumat special appearance oleh Umi Hafilda juga telah dapat mengurangkan jumlah kehadiran Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya rakyat sudah mula sedar akan hak mereka sebagai rakyat yang menentukan kerajaan. Apa-apa perkhidmatan daripada jabatan-jabatan kerajaan didalam tempoh berkempen tidak memberi apa-apa kelebihan kepada mereka. Ia lebih merupakan kerja-kerja tertangguh yang telah diabaikan sekian lama. Cuma ia dijadikan keutamaan kerana berlakunya kekosongan kerusi ditempat itu. Jika tidak ada Pilihanraya Kecil jangan mimpi mendapat priority.

Segala macam maklumat telah disampaikan. Segala bantuan juga sudah dihulurkan. Dan segala janji-janji juga telah disenaraikan. Terpulanglah kepada kebijaksanaan masyarakat diMerlimau, Melaka dan diKerdau, Pahang membuat keputusan.

Bagi Pakatan Rakyat kedua-dua Pilihanraya Kecil ini bolehlah dianggap sebagai medan latihan bagi mengetatkan skru-skru yang longgar dan wake-up call sebelum bertandang keSerawak.

Kepada petugas-petugas SPR diucapkan selamat bertugas dan terima kasih. Kepada para pengundi yang mempunyai kuasa hari ini diucapkan selamat mengundi.
Share this article :

1 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

salam

BN makin tidak yakin dengan kesedaran yang ditunjukkan rakyat kepada PR yang semakin memberikan saingan terhadap mereka. Kalau puak2 ni menang, esok naik minyak lagi?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger