KUALA LUMPUR 23 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dua hari lepas.
Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.
"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia.
"Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama
Home »
» Tertekan:Video seks: Hisham saman Anwar jika terus kaitkan beliau
Tertekan:Video seks: Hisham saman Anwar jika terus kaitkan beliau
Written By canang on Rabu, 23 Mac 2011 | 3/23/2011 09:31:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Kalau nak jaga integriti jawablah dulu isu-isu yang masih tertangguh. Isu penipuan dalam menyediakan kes liwat I, isu Teoh Beng Hock, isu Kugan, Aminurashid, dan berbaga-bagai isu lagi. Kalau tak tahan dengan asakan janganlah jadi menteri. Pergi ler kerja kat library ke, zoo ke jadi siak masjid ke ada faedah sikit.
Catat Ulasan