Home » » BAPA BOREK ANAK RINTIK TERKINI : POLIS ADA MAKLUMAT TERBARU? PEGAWAI KASTAM TIDAK MEMBUNUH DIRI, KATA PEGUAM

BAPA BOREK ANAK RINTIK TERKINI : POLIS ADA MAKLUMAT TERBARU? PEGAWAI KASTAM TIDAK MEMBUNUH DIRI, KATA PEGUAM

Written By canang on Selasa, 12 April 2011 | 4/12/2011 09:47:00 PTG

IPOH 12 April – Polis telah diberikan beberapa maklumat yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lepas.

”Terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri,” kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.

Ahmad Sarbaini, 55, yang dijumpai mati di kawasan bangunan pejabat SPRM adalah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain berhubung kegiatan rasuah dan aktiviti penggubahan wang haram.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ghazali berkata, beberapa petunjuk dan keterangan daripada orang perseorangan itu telah diserah kepada polis Ahad lepas.

Beliau berkata, berdasarkan daripada maklumat dan petunjuk yang diserahkan kepada polis itu terdapat percanggahan dengan apa yang telah dinyatakan oleh SPRM. – Bernama

p/s. Rakyat berharap siasatan kematian Allahyarham Ahmad Sharbaini dilakukan dengan secepat mungkin. Siasatan mestilah adil, telus, pantas dan berintegriti. Jangan ada mana-mana pihak menyembunyikan fakta atau maklumat yang diperolehi. Keadilan amat penting bagi waris keluarga Allahyarham. Kita yakin pihakn Polis akan membua siasatan yang paling teliti kerana itulah khendak danharapan semua rakyat Malaysia
Share this article :

1 ulasan:

mamawana berkata...

Mungkinkah Allahyarham mempunyai banyak sumber maklumat rahsia sebab itu beliau dibunuh..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger