Home » » PANAS!!!!!!!! Ingat Pondan Bernama Fatine? "Suaminya" Cuba Membunuh Diri Selepas Ditinggalkannya

PANAS!!!!!!!! Ingat Pondan Bernama Fatine? "Suaminya" Cuba Membunuh Diri Selepas Ditinggalkannya

Written By canang on Selasa, 12 April 2011 | 4/12/2011 11:58:00 PTG

Sekitar November 2010 sudah terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa Mohammed Fazdil Min Bahari aka Fatine Young sudah bercerai. Hal itu tersebar berdasarkan profil Facebooknya yang mendedahkan statusnya.

Saya bercadang untuk menterjemah berita di DM, namun Fethal Pulak Dah! sudah berbuat demikian. Saya salin dan edit sedikit kiriman di blognya:

Britain: Seorang transeksual lari meninggalkan suaminya warga Britain selepas dua minggu suaminya itu membantunya mendapatkan hak untuk tinggal di sini.

Transeksual itu kini tinggal di Manchester selepas gagal memulakan karier sebagai showgirl di Blackpool.

Seorang penjaga sekolah mendakwa hidupnya musnah selepas dia membelanjakan £12,000 untuk mendapatkan visa isteri transeksualnya yang lahir dengan nama Mohamed Fazdil bin Bahari berasal dari Malaysia - atas alasan kononnya dia takut ditahan jika pulang kerana homoseksual dilarang di Malaysia.

Ian Young dibuang kerja sebagai penjaga di tiga buah sekolah berikutan banyak ibu bapa yang marah dengan tindakannya bercinta dengan Fatine, yang dilahirkan sebagai lelaki.

Ian Young yang berusia 32 tahun kini menganggur dan pernah pada satu tahap cuba untuk membunuh diri dengan memakan pil secara berlebihan.

"Saya kehilangan pekerjaan, saya kehilangan rumah, dan akhirnya saya kehilangan isteri," katanya.

"Saya menggunakan setiap sen yang dimiliki dan saya kehilangan segala-galanya. Saya merasa seperti orang bodoh. Perkahwinan ini sepatutnya menjadi waktu yang paling bahagia dalam hidup saya."

Young bertemu Fatine, 38, semasa bekerja di Malaysia sebagai pengawal keselamatan dan pada awalnya dia tidak menyedari bahawa "isteri"nya itu dilahirkan sebagai lelaki. Young tetap mahu meneruskan hubungan mereka walaupun menyedari Fatine enggan melakukan pembedahan untuk menukarkan jantina.

Fatine kemudian berpindah ke Derby dan pasangan itu mengikat ikatan perkahwinan dalam sebuah upacara awam pada tahun 2009.

Kehidupan mereka menjadi sukar selepas Young terpaksa meninggalkan sekolah - termasuk di Sekolah St Chad, tempat dia bekerja selama lebih dari dua tahun - selepas mendapat aduan daripada ibu bapa yang tidak bersetuju dengan gaya hidupnya.

Dia terpaksa mengambil ubat tekanan perasaan setelah cuba untuk membunuh diri dengan mengambil pil secara berlebihan di belakang vannya.

"Saya mengakui bahawa saya mengabaikan Fatine ketika berasa tertekan. Saya hanya ingin dia menyatakan kepada saya bahawa kami mampu melaluinya, namun dia tidak berminat. "

Young kini tinggal dengan seorang teman di Daerah Peak, dan akan memohon penceraian sivilnya dengan Fatine.


P/s: Kalau dibaca lanjut di DM, Young yang bekerja sebagai penjaga sekolah memperoleh £640 sebulan, dia terpaksa meminjam duit daripada ibunya semata-mata untuk mendapatkan visa agar Fatine dapat menetap di Britain. Dia juga dihina oleh masyarakat dan kehilangan pekerjaan kerana mempertahankan cinta songsang yang akhirnya memakan dirinya. Gila!

"Tahniah" Mohammed Fazdil aka Fatine, anda mengharumkan nama Malaysia sekali lagi!
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger