"Sudah empat hari penulis tidak mengemaskini blog selalunya penulis akan mengemaskini blog ini setiap hari Isnin dan Jumaat. Ini disebabkan penulis agak sibuk menyiapkan laporan dan ditambah lagi kena menghadiri kursus selama tiga hari. Jadi masa untuk menulis blog amat terhad sehinggalah malam ini.
Dua minggu rakyat berhadapan dengan cerita kotor politik Malaysia iaitu video seks. Cerita kotor ini jugalah menjadi salah satu topik sembang kedai kopi penulis bersama dengan peserta kursus pada rehat tengah hari tadi. Menariknya hanya penulis seorang sahaja berbangsa melayu manakala empat yang lain adalah berbangsa cina.
Penulis sengaja mengajukan soalan kepada salah seorang rakan sembang yang berasal dari Sarawak dengan menanyakan bakal keputusan pilihan raya Sarawak. Dia tanpa berlapis mengatakan orang cina dan dayak amat jijik dengan Ketua Menteri seterusnya mereka lagilah marah apabila KM mengatakan akan turun dua tahun lagi. Mereka tidak sabar untuk melihat KM turun pada tahun ini juga.
Sembang bertambah rancak lagi apabila rakan – rakan yang lain bersetuju bahawa KM adalah liabiliti utama kepada Sarawak. Mereka juga bersetuju bahawa orang paling kaya di Malaysia adalah KM. Kami juga meramalkan keputusan pilihanraya di Sarawak mungkin berakhir dengan 45/55 peratus akan memihak kepada salah satu pakatan atau barisan. Ianya adalah keputusan yang tipis.
Kemudiannya sembang beralih kepada cerita Rosmah mengunakan bomoh untuk menundukkan Najib. Lawaknya Rosmah menggunakan bomoh 1 Malaysia iaitu dari melayu, india dan cina. Gabungan bomoh itulah yang berjaya menundukkan Najib.
Akhir sekali sebelum penulis mengundur diri ke surau, sembang beralih kepada video seks “ANWAR”. Mereka semua tidak percaya orang yang di dalam video itu adalah DSAI dan bersetuju semua ini adalah fitnah. Andai DSAI betul-betul melakukannya DSAI boleh dianggap orang paling bodoh kerana tentu sekali pihak musuh akan mengambil peluang menjatuhkannya. Namun mereka semua amat yakin DSAI tidak sebodoh itu dan menyangkal politik kotor Malaysia.
Terlintas di hati penulis bagaimana orang bukan melayu dan bukan Islam juga begitu yakin DSAI memang di fitnah. Penulis lagilah bertambah pening macam mana orang UMNO yang mengaku Islam dan Melayu tetapi begitu yakin lelaki dalam video itu adalah DSAI. Amat memalukan dan menyedihkan.
sumber : cayrul"
Home »
» Orang Cina pun percaya Anwar di fitnah. Macam manalah orang UMNO?
Orang Cina pun percaya Anwar di fitnah. Macam manalah orang UMNO?
Written By canang on Khamis, 7 April 2011 | 4/07/2011 01:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan