Home »
» Papan Tanda Kiamat 21 Mei Mulai Masuk ke Palestine
Papan Tanda Kiamat 21 Mei Mulai Masuk ke Palestine
Written By canang on Khamis, 12 Mei 2011 | 5/12/2011 09:31:00 PTG
HHRS 2.0 - Setelah membuat heboh di Dubai dengan maraknya papan tanda yang menyatakan tarikh 21 Mei sebagai "hari kiamat"pada bulan lalu, kini papan tanda serupa tersebar di pintu masuk kota-kota Palestin.
Papan tanda itu mendakwa tarikh 21 Mei akan menjadi hari penghakiman sesuai menurut 'nubuat' dari Injil.
Dan papan tanda tersebut dipasang di pintu masuk kota Nablus, Bir Zeit, Tebing Barat dengan isi tulisan dalam BahasaArab yang menyatakan: "Hari kiamat tarikh 21 Mei ... Injil menjamin itu!", serta bertulis juga alamat laman Familyradio.com sebagai pihak yang bertanggung jawab akan papan tanda tersebut.
Familyradio.com sendiri merupakan sebuah laman stesen radio"mubaligh" yang berpusat di Ohio, Amerika Syarikat.
Seorang bloger Palestin bernama Munir Al-Jaghub menuntut pihak berkuasa untuk menanggalkant semua papan tanda "hari kiamat"tersebut, kerana di Dubai dan Jordan sendiri papan tanda tersebut menjadi masalah dan akhirnya telah dibuang.
Blogger Palestin itu menegaskan bahawa kenyataan dalam papan tanda milik organisasi kristian itu sangat bertentangan dengan keyakinan umat Islam serta merugikan perasaan umat Islam, dan mengatakan bahawa dirinya telah meminta tanggapan dari teman-teman Kristiannya tentang hal ini, dan teman-temannya dengan tegas menyatakan bahawa papan tanda itu sebagai sebuah "cakap kosong". (disusun kembali dari adam99hafiz)
http://keretaburuk12.blogspot.com/2011/05/papan-tanda-kiamat-21-mei-mulai-masuk.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan