Home »
» TERKINI!! PECAH BERITA!! AHMAD SARBANI TIDAK BUNUH DIRI!!
TERKINI!! PECAH BERITA!! AHMAD SARBANI TIDAK BUNUH DIRI!!
Written By canang on Khamis, 12 Mei 2011 | 5/12/2011 08:03:00 PTG
Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lalu, percaya mangsa tidak membunuh diri berdasarkan petunjuk baru diperolehi akhir bulan lalu.
Petunjuk itu merujuk kenyataan 'bukan saya...orang saya' yang dilafazkan oleh seorang pegawai SPRM kepada balu mangsa, Masiah @ Maziah Manap, 50, ketika pegawai berkenaan serta beberapa individu lain dari SPRM menemui Masiah dan dua anaknya untuk menyerahkan kembali dokumen peribadi Allahyarham di Pejabat Kastam Subang, Selangor, pada 28 April lalu.
Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham, Awtar Singh, dari Tetuan Awtar, Ghazali, Augustine & Co berkata, jawapan mengejutkan itu terpacul dari mulut pegawai itu sebaik Masiah meluahkan perasaannya berhubung kematian suaminya sebelum bertanya kepada pegawai berkenaan apa yang akan dilakukan jika pegawai itu berada ditempatnya.
Katanya, pada ketika itulah, pegawai berkenaan dengan nada perlahan mengeluarkan kata-kata 'bukan saya...orang saya' kepada Masiah tetapi apabila Masiah mahu mendapatkan penjelasan apa dimaksudkan 'orang', pegawai terbabit hanya mendiamkan diri.
"Masiah sudahpun membuat laporan polis berhubung petunjuk baru itu pada 2 Mei lalu, namun sehingga kini kami difahamkan polis belum mengambil keterangan daripada mana-mana individu berhubung maklumat terbaru itu.
"Dengan maklumat yang ada berserta maklumat baru ini, anak guam kami yakin sepenuhnya bahawa arwah tidak membunuh diri sebagaimana didakwa oleh pihak tertentu sebelum ini," katanya pada sidang media di frima guaman berkenaan di sini, semalam.
Sementara itu, rakannya, Ghazali Mohd Ramli dari firma guaman sama berkata, keluarga Allahyarham mengesyaki kenyataan 'terlepas cakap' pegawai SPRM itu mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian Ahmad Sarbani.
Katanya, kenyataan akhbar semalam juga bagi menyangkal dakwaan dan spekulasi dibuat akhbar dan media elektronik yang memberi gambaran bahawa ada kemungkinan Allahyarham membunuh diri akibat tekanan yang diterima daripada siasatan yang dibuat SPRM.
Ahmad Sarbani yang juga Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM berkenaan yang terletak di Jalan Cochrane pada 6 April lalu, selepas datang ke kepajabt itu untuk memberi keterangan berhubung siasatan dilakukan agensi itu.
Polis sebelum ini mengesahkan siasatan kes kematian itu sudah selesai dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kerana mendapati tiada unsur jenayah.
Pejabat Peguam Negara yang menerima kertas siasatan itu daripada polis bagaimanapun memulangkan semula kertas itu kepada pasukan berkenaan untuk siasatan lanjut termasuk mengambil semula keterangan seorang saksi berhubung kes berkenaan secara terperinci.
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2011/05/terkini-pecah-berita-ahmad-sarbani.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan