KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang bekas pelajar kolej swasta di Kota Bharu kerana dipercayai terbabit dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dikeluarkan dalam satu laman sosial baru-baru ini.
Lelaki berusia 24 tahun yang juga seorang penganggur, menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 8 malam kelmarin.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata polis turut merampas komputer riba yang dibawa lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.
"Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terbabit dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini," katanya.
Pada 13 Jun lalu, Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC membuat laporan polis berhubung kes penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah laman sosial dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda. - BERNAM
Home »
» Bekas pelajar kolej swasta ditahan kerana hina gambar Agong
Bekas pelajar kolej swasta ditahan kerana hina gambar Agong
Written By canang on Rabu, 22 Jun 2011 | 6/22/2011 09:44:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan