TUNIS - Bekas presiden Tunisia, Zine El-Abidine Ben Ali dijatuhi hukuman penjara 35 tahun tanpa kehadirannya oleh mahkamah Tunisia, enam bulan selepas digulingkan dalam kebangkitan rakyat negara itu.
Keputusan itu dicapai hanya sehari selepas perbicaraan dijalankan berhubung dakwaan beliau mencuri wang kerajaan dan memiliki barangan kemas serta wang tunai secara haram.
Hukuman sama dikenakan terhadap isterinya, Leila Trabelsi iaitu bekas pendandan rambut yang menjadi simbol rasuah rejim suaminya dengan gaya hidup mewah yang diamalkannya.
Hakim Touhami Hafian di Istana Kehakiman di Tunis turut mengarahkan kedua-dua mereka membayar denda bernilai AS$65.6 juta (RM199 juta).
Menurut Touhami, keputusan bagi kesalahan lain membabitkan Ben Ali termasuk menyimpan dadah dan senjata akan diumumkan pada 30 Jun depan.
Ben Ali dan isterinya melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu selepas protes besar-besaran dilancarkan terhadap pemerintahannya dan Tunis memohon Riyadh supaya menghantar Ben Ali pulang bagi menjalani hukuman itu.
Home »
» Ben Ali dipenjara
Ben Ali dipenjara
Written By canang on Rabu, 22 Jun 2011 | 6/22/2011 10:13:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan