Home » » Bersih 2.0: Tangkapan tanda-tanda kejatuhan Umno BN

Bersih 2.0: Tangkapan tanda-tanda kejatuhan Umno BN

Written By canang on Rabu, 29 Jun 2011 | 6/29/2011 03:30:00 PTG


KUALA LUMPUR, 29 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.

Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger