Home » » Blogger 'Papa Gomo' Dicabar Dedah Klip Penuh - Johari Abdu

Blogger 'Papa Gomo' Dicabar Dedah Klip Penuh - Johari Abdu

Written By canang on Rabu, 29 Jun 2011 | 6/29/2011 04:30:00 PTG


KUALA LUMPUR 29 JUN : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar blogger Papa Gomo supaya mendedahkan keseluruhan klip yang disiarkan dalam laman web papagomo.blogspot.com petang semalam.

Cabaran ini dibuat beliau berikutan klip yang disiarkan terlalu pendek sedangkan beliau bersama trio 'Datuk T' adalah lebih daripada setengah jam.

Klip video berdurasi dua minit tersebut memaparkan trio 'Datuk T' bersama Datuk Johari Abdul menonton video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Johari juga menafikan bahawa beliau mengakui kepada trio 'Datuk T' pelaku dalam video terbabit adalah Anwar.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger