Home » » Undian tajuk Sejuta Sokong Bersih 2.0

Undian tajuk Sejuta Sokong Bersih 2.0

Written By canang on Jumaat, 24 Jun 2011 | 6/24/2011 12:00:00 PTG



Mulai hari ini, undian dilakukan adakah wajar Sejuta Sokong Bersih 2.0 digunakan sebagai tajuk muka depan Harakah.

Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari, yakni hari ini dan esok.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Keputusan undian “UTUSAN HINA ISLAM” meningkat secara mendadak sebanyak 20 % berbanding dengan tajuk sebelum ini "CETUS PROVOKASI" jatuh kepada 71.7% atau 228 daripada 318 undian yang bersetuju dengan tajuk tersebut dijadikan tajuk utama.

Keputusan undian tajuk ini adalah 314 daripada 342 undian, iaitu 91.81 peratus bersetuju dengan tajuk tersebut dijadikan tajuk utama Harakah.

Walaubagaimana pun terdapat 25 undian (7.31%) yang tidak bersetuju dan 3 undian (0.88%) yang berkecuali.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger