Home » » 648 pelacur warga asing

648 pelacur warga asing

Written By canang on Isnin, 11 Julai 2011 | 7/11/2011 11:19:00 PG

Polis Johor menahan 648 pelacur warga asing menerusi operasi pembanterasan pelacuran dan maksiat di seluruh negeri sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Abdul Shariff, berkata sepanjang tempoh itu polis melakukan 2,275 serbuan terhadap premis yang disyaki menjadi sarang pelacuran.
“Daripada 648 pelacur warga asing yang ditahan dalam serbuan terbabit, 233 daripada mereka adalah warga China yang dipercayai memasuki negara ini sebagai pelancong.

“Selain wanita dari China, 178 pelacur warga Thailand; Indonesia (87); Filipina (82); Vietnam (47), Myanmar (15) dan Kemboja seramai enam orang," katanya.

Difahamkan, kebanyakan pelacur itu menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan memasuki negara ini sebagai pelancong.

Sejurus memasuki negara ini, mereka mengambil kesempatan untuk menawarkan khidmat seks dengan menjadi pelacur sambil bekerja secara haram di premis hiburan.
Antara premis sering menggunakan khidmat mereka yang dibongkar polis sebelum ini termasuklah rumah urut dan refleksologi yang menawarkan khidmat seks secara sampingan di sebalik lesen operasi yang dibenarkan.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata, sepanjang tempoh sama tahun ini, polis melakukan 9,029 pemeriksaan berhubung kegiatan kongsi di seluruh negeri ini dengan pemeriksaan terhadap 70,296 individu.

Katanya, susulan pemeriksaan yang dibuat, seramai 141 orang ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger