Home » » Halalkan Hamba Seks - Bekas Calon MP Wanita Kuwait !!!

Halalkan Hamba Seks - Bekas Calon MP Wanita Kuwait !!!

Written By canang on Isnin, 11 Julai 2011 | 7/11/2011 02:03:00 PTG


Apa salahnya kita sahkan perhambaan seks untuk dinikmati oleh suami-suami kita. Islam tidak menghalangnya. Ia adalah lebih baik daripada melihat para suami melanggan seks atau melakukan zina di luar.

Begitulah kata Salwa Al-Mutairi, bekas calon ahli parlimen Kuwait dalam satu temuramah baru-baru ini. Ya, dia adalah seorang wanita dan sudah berkahwin. jangan terkejut!, memang ia menjadi perbualan hangat di Kuwait sekarang ini.

Dia sudah bertanya pada ramai ulama di Saudi dan juga Kuwait dan mereka mengiyakannya. Memang dalam Islam ada peruntukan seks bersama dengan hamba sahaya kita, katanya.

Dia juga memberikan contoh Khalifah Bani Abbassiah yang ke tiga Harun Al-Rasyid dikatakan mempunyai 2000 hamba sahaya atau gundik. Jadi tidak salah jika biarkan para suami memiliki para gundik bagi menyelamatkan mereka daripada zina.

Senang saja untuk melakukannya, sepertimana kita mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah, kita juga boleh merangka untuk mendapatkan wanita khidmat seks.


Kita boleh ambil atau tebuskan para wanita di negara yang dilanda perang seperti di Chechnya yang mana para wanitanya dikurung sebagai tahanan perang. Tebus mereka dan keluarkan mereka daripada penjara dan bawa untuk dijual di negara-negara Islam seperti Kuwait sebagai gundik. Ini lebih baik daripada membiarkan mereka merana, tersiksa dan dibunuh.

Aha ! menarik isu ni untuk dibahaskan...apa pendapat anda?



http://wartashubhi.blogspot.com/2011/07/halalkan-hamba-seks-bekas-calon-mp.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FmAaPQ+%28WartaShubhi%29
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger