Home » » Panas!! 1.2 Juta Pendatang Tanpa Izin Layak Mengundi?

Panas!! 1.2 Juta Pendatang Tanpa Izin Layak Mengundi?

Written By canang on Rabu, 13 Julai 2011 | 7/13/2011 10:01:00 PG


Gerakan Pendataran Pemilih untuk pengundi-pengundi baru yang berusia 21 tahun yang dijalankan di Kuala Penyu, Kimanis dan daerah-daerah lainnya yang dikendalikan oleh Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kawasan Bueafort mendapat sambutan di luar jangkaan. Program Gerakan Pendaftaran Pemilih ini yang diketuai sendiri oleh Pengerusi Biro Pendaftaran Pemilih PKR Sabah, Taufick Ruschi yang juga selaku Ketua Cabang Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort berkata, tujuan program ini diadakan adalah menjurus untuk mengenal pasti para remaja dan belia yang sudah mencapai umur 21 tahun diwajibkan mendaftar sebagai pemilih baru.

Taufick yang menghubungi Wartawan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan melalui panggilan telefon kelmarin berkata, program daftar pemilih baru ini bukan setakat diadakan di Kuala Penyu sahaja; bahkan di seluruh pelusuk Sabah supaya pengundi tempatan yang layak mengundi tidak tercicir atau tertinggal untuk didaftarkan sebagai pemilih baru.

Mengulas kenyataan media Datuk Patrick Sindu yang tersiar di portal online Sabahkini.Net baru-baru ini, kata Taufick, antara lain mendedahkan bahawa di negeri Sabah terdapat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang sudah menjadi warganegara ala bidan terjun dan sudah berdaftar sebagai pengundi di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mencecah 1.2 juta sebagai amat membimbangkan.

“Nisbah jumlah 1.2 juta PATI yang layak mengundi bukan angka yang kecil dan inilah kecurangan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab begitu mudah memberikan taraf dan status kewarganeraan kepada orang asing tanpa mengikut prosedur yang sah,” tegas Taufick lagi.

Taufick menyifatkan sejumlah 1.2 juta PATI yang layak mengundi dan sebahagian besarnya sudah mendaftar sebagai pemilih di SPR, secara tidak langsung menterjemahkan makna ‘Fixed Deposit’ yang menjadi buah mulut pemimpin Barisan Nasional.

“Tidakkah mereka (pemimpin UMNO/BN) merasa bimbang dengan jumlah begitu besar PATI yang menjadi warganegara dan suatu hari nanti boleh menumbangkan mereka dan merampas tampuk kuasa politik Sabah?” tanya Taufick yang kesal kerana tindakan berkenaan seolah-olah membunuh generasi akan datang kerana jumlah PATI semakin bertambah ramai dan di setengah kawasan mengatasi penduduk tempatan.

Contoh yang terdekat tambah Taufick, di mana-mana sahaja beliau pegi, PATI yang diberikan kemudahan kad pengenalan melalui pintu belakang, 90 peratus daripada mereka hidup mewah dan ada yang mempunyai lebih daripada satu permit teksi dan permit bas, lesen pasar dan lesen PKK.

“Kita bukan iri hati kejayaan mereka yang hidup mewah di negeri ini, tetapi kerajaan memberikan kad pengenalan kepada mereka (PATI) dengan cara yang tidak betul sehingga menafikan hak rakyat jati untuk mendapat peluang yang sama,” tegas Taufick yang mengakui sikap berlembut pihak berkuasa menjadi punca segala-galanya.

Kata Taufick, kini terpulanglah kepada rakyat Sabah untuk menghukum kezaliman kerajaan yang ada sekarang pada pilihanraya umum nanti, sekalipun mungkin agak sukar, tetapi jika Anak Jati Sabah bersatu menggunakan hak mereka dengan penuh tanggung jawab, isu pengundi hantu dan PATI yang diupah untuk mengundi BN dapat di atasi secara bijaksana./sabahkini

Addin :

Perkara ini lah yang ditunggu- tunggu oleh Najib kot.. untuk membubarkan parlimen.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger