Home »
» Tak Faham Bahasa ke? Atau Hadapi Bersih 3.0
Tak Faham Bahasa ke? Atau Hadapi Bersih 3.0
Written By canang on Rabu, 13 Julai 2011 | 7/13/2011 02:31:00 PTG
Hok aloh..
Rakyat tuntut Undi Pos dihapuskan!
Bukan tukar sarung!
Aduyaiii!!
Bukan main setia SPR mempertahankan antara punca pilihanraya Malaysia diragui..
Polis la ni duduk di tempat dia bertugas..
Apa masalah dia nak ngundi hari sebenar mengundi?
Hmmm.. setia betul pengadil yang makin jelas tak adil neh!
SPR guna peti undi ganti sampul undi pos polis dan tentera
KUALA LUMPUR, 12 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi menggunakan sampul surat dan karung undi pos pada pilihan raya umum ke-13 — dilihat perkembangan terbaru dalam melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.
Langkah itu dilihat selaras dengan perubahan nama undi pos kepada pengundian awal yang diputuskan oleh suruhanjaya itu sebelum ini.
The Malaysian Insider difahamkan perkara itu dibincangkan baru-baru ini.
Ia diumumkan kepada media dua hari selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan, menuntut lapan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.-MInsider
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan lapan tuntutan Bersih jika tidak mahu berhadapan dengan Bersih 3.0.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, empat daripada tuntutan yang dikemukan Bersih kepada SPR itu hakikatnya boleh dilaksanakan oleh agensi itu pada bila-bila masa sahaja.
“SPR mestilah membuat perubahan segera. Jikalau tidak ada apa-apa perubahan menjelang pilihan raya akan datang, PAS akan mencadangkan kepada Bersih untuk membuat himpunan sekali lagi,"kata beliau.
Menurut Mat Sabu SPR, tidak harus berdolak-dalik dalam menunaikan tuntutan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.
“Terutama dalam tutuntutan lapan perkara, empat perkara boleh dilakukan oleh SPRM.. jangan berdolak dalik. Kemudian kalau pilihan raya adil, kalau BN nak memang menanglah. Kita terima. Supaya undi pos dapat dibuat reformasi, celup jari, daftar pemilih yang bersih, media yang adil.. tapi selepas itu kalau BN nak menang-menanglah.Sebab kami tak ada masalah, (kami) menerima kekalahan. Yang kami tak mahu ialah ketidakadilan berlaku," tegas Mat Sabu lagi.
Empat tuntutan yang boleh dilaksanakan oleh SPR dengan kadar segera ialah membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan
tempoh kempen minimum 21 hari.
Manakala yang lain seperti akses media yang bebas dan adil, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor tertakluk kepada kerajaan pusat.
Menurut Mat Sabu, PAS juga telah mencadangkan kepada Bersih agar menjadikan hari Sabtu sebagai hari memakai baju Bersih dan berwarna kuning sebagai menunjukkan kehendak rakyat yang berterusan terhadap perubahan sistem pilihan raya di negara ini.
Beliau pada masa sama menyelar sikap hipokrit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mempermain-mainkan pihak yang memperjuangkan Himpunan Bersih 2.0.
"Saya juga merasa kesal yang amat sangat kepada Perdana Menteri yang suka berbohong. Semalam dalam ucapan di Pulau Pinang saya isytihar Perdana menteri Najib Tun Razak sebagai Perdana menteri yang pembohong.
" Beliau mengisytiharkan di peringkat awal minta mana-mana stadium, kamu melalaklah sampai ke pagi kita akan beri. Bila minta stadium tak beri..kemudian selepas tutup pintu rundingan yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, tiba-tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuka pintu rundingan,
Najib (kemudian cakap) beliau sanggup berunding tetapi sampai akhir, beliau dikatakan menghilangkan diri dan tiada rundingan apa-apa,"kata beliau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan