SHAH ALAM 6 JULAI : Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim cedera ditangan dan kaki setelah ditetak oleh seorang lelaki berasal dari Sabah, yang mengamuk dan mengamcam nyawa penghuni sebuah pangsapuri di Shah Alam malam tadi.
Bagaimanapun, lelaki itu ditembak mati oleh Kamal setelah lelaki itu bertindak agresif, menerkam kearahnya dengan sebilah parang.
Tembakan itu turut mengenai seorang wanita warga Indonesia, namun dia hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di pusat perubatan Selangor.
Kamal juga dibawa ke pusat rawatan itu untuk rawatan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ia berpunca daripada pertengkaran lelaki itu dan rakan serumahnya di Rumah Pangsa Valensia seksyen 25 Shah Alam, Selangor semalam.
Kamal Afendi yang berada di pejabatnya yang juga terletak berhampiran dengan lokasi kejadian bergegas ke sana untuk membantu mententeramkan keadaan.
4 anggota polis turut berkejar ke rumah pangsa berkenaan, namun mereka diserang lelaki terbabit.
Home »
» Penganalisis Cedera Ditetak
Penganalisis Cedera Ditetak
Written By canang on Rabu, 6 Julai 2011 | 7/06/2011 06:28:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan