Home » » Rahsia rak hias terbongkar, 6 pelacur ditahan

Rahsia rak hias terbongkar, 6 pelacur ditahan

Written By canang on Ahad, 14 Ogos 2011 | 8/14/2011 11:15:00 PTG

KUALA LUMPUR – Rahsia rak yang menghiasi sebuah pusat kecantikan spa di Klang dekat sini terbongkar apabila ia sebenarnya menutup sebuah bilik yang dijadikan tempat menawarkan khidmat seks oleh pelacur.


Serbuan polis ke atas pusat itu, yang terletak dalam sebuah hotel di Jalan Batu 3 Lama pada pukul 10.50 malam tadi, menemui enam pelacur wanita rakyat Indonesia di dalam bilik itu yang turut menempatkan 8 bilik kecil.

Ketua unit maksiat Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, ASP Shahrul Nizam Jaafar yang mengetuai operasi itu berkata, ketika serbuan dibuat, semua wanita itu yang berusia antara 26 dan 37 tahun sedang menunggu pelanggan.

"Mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 23 hingga 26 tahun yang menjaga pusat kecantikan itu.

Shahrul Nizam berkata, serbuan itu merupakan yang kedua ke atas pusat kecantikan yang dibuka sejak tiga tahun lepas itu. – Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger